warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penyakit Ego







Penyakit Ego




Penyakit Ego

 

Orang ego (sombong) payah dapat kawan

Kalau mudah dapat mudah pula pecah persaudaraan

Akhirnya hilang juga kawan

Dapat kawan payah berkekalan

Kesudahannya tinggal keseorangan

Orang ego suka mencari kawan

Mudah dapat kawan, mudah pula kehilangan kawan

Perbualannya selalu sahaja mendatangkan pertengkaran

Kebenaran orang payah hendak menerima dengan keikhlasan

Kebenarannya sahaja diminta orang  menerimanya

Kelemahan orang sangat sedap diperkatakan

Kesalahannya pantang-larangnya disebutkan orang

Kalau dia jadi ketua berkasar dengan orang (pengikut)

Jika pengikut menanduk pula orang

Orang serba salah dibuatnya, asyik menyengat orang

Ramai orang di dalam pergaulan tidak boleh tahan

Akibatnya susah hendak bergaul dengan orang

Sedangkan dia suka bergaul dengan orang kerana hendak menunjuk kepandaiannya

Akhirnya keseorangan walaupun di tengah ramai orang

Pertengkaran memanglah bidang dan gelanggangnya

Kalau dia kalah bukan mahu mengalah, dia berdendam

Lain kali dia cuba cari jalan belasah orang

Begitulah tabiat orang yang sombong (ego) di dalam pergaulan

Sangat menyusahkan orang

Kerana itulah sifat ego sangat dimurkai Tuhan

 

27.2.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer