warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penyakit Batin Seolah Olah Penyakit Yang Ghaib







Penyakit Batin Seolah-olah Penyakit Yang Ghaib




Penyakit Batin Seolah-olah Penyakit Yang Ghaib

 

Penyakit-penyakit batin seolah-olah perkara-perkara ghaib

Perkara-perkara ghaib sedikit sekali yang dapat melihatnya

Seperti sifat-sifat mazmumah bukan senang hendak dikesan

Kerana itulah saya katakan ia juga seperti perkara-perkara ghaib

Sekalipun  pakar-pakar penyakit batin kalau hanya pakar di bidang ilmunya sahaja

Mengesan atau menyuluh dengan ilmu ertinya, menyuluh dengan mata akal

Sedangkan penyakit batin hanya dapat dilihat dengan mata hati

Bukan dengan mata akal lebih-lebih lagi bukan dengan mata kepala

Lantaran itulah orang yang bercakap tentang ego atau sombong, di masa itu juga dia sombong

Orang yang memperkatakan tentang riyak, sum’ah tidak terlepas daripada riyak dan sum’ah

Orang yang menghuraikan tentang ikhlas, juga tidak ikhlas

Orang yang menceritakan tentang glamour dan nama, dia juga ditimpa penyakit itu

Apabila dia menceritakan penyakit-penyakit batin, dia sangka terlepas daripada penyakit batin

Maka bertambah lagilah dia tertipu

Orang yang dapat mengesan penyakit batin

Ialah orang yang mempunyai basirah, pandangan mata hati

Mata hati sahaja yang dapat mengesannya

Itu baru dapat mengesannya

Belum lagi bermujahadah untuk membuangnya

Tapi ini sudah merupakan satu kejayaan

Tinggal lagi untuk berusaha membuangnya sahaja

Setengah orang mengesannya pun tidak dapat

Apatah lagi membuangnya

Apabila dia tidak dapat mengesannya, dia menyangka dia tidak mempunyai penyakit itu

Lebih merbahaya lagilah

Dia mempunyai penyakit tidak sedar ada penyakit

Maka dibawanyalah penyakit sum’ah ke mati

Suul khatimah yang tidak disedari

Wal’iyazubillah

 

8.9.2000

Menjelang Tidur - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer