warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penulis Cari Makan







Penulis Cari makan





Penulis Cari makan

Engkau gunakan penamu mengampu pemimpin untuk mencari makan

Sekalipun pemimpin itu curang di dalam pentadbiran

Apakah engkau tidak takut Tuhan?

Kerana cari makan engkau hina dengan penamu musuh-musuh pemimpin

agar pemimpin mendapat hiburan

Agar pemimpin bertambah sayang denganmu secara tidak halal

Maka engkau pun berlama-lamalah mencari makan dengan mengampu pemimpin

yang tertentu kerana dia dapat keuntungan

Maka engkau pun kekallah macam perempuan simpanan,

perempuan sundal mencari makan

Tanpa silu-silu dan malu engkau mengata musuh pemimpin itu

semahu-mahunya tanpa belas kasihan

Engkau putar-belitkan kebenaran engkau main-mainlah ayat Al Quran dan Hadis sekehendak nafsu engkau demi hendak mengambil hati pemimpin yang hatinya kejam

Orang yang cerdik yang tidak ada kepentingan membenci engkau

dan diluahkan di dalam perbualan

Mereka mengata engkau dimerata-rata negara, penulis cari makan

Engkau tahu dan sedar tapi malu sudah tidak ada, engkau peduli apa

dengan semua cemuhan

Yang penting pemimpin suka dan boleh cari makan  

Yang penting mudah, senang, yang penting mulut disuapkan

halal haram tak usah difikirkan

Yang penting perut kenyang

Macam binatang fikir makan dan kenyang

Apa fikir halal haram

Begitulah orang yang mengguna pena kerana cari makan

Tidak fikir halal haram, tidak fikir apa kata Tuhan

Yang penting pemimpin suka dan senang

Cari makan pun mudah dan gampang

Fitnah orang, ampu pemimpin, pemimpin pun sayang, mudah cari makan mudah senang

Begitulah orang yang tidak takut dengan Tuhan

Orang yang tidak takut dengan Hari Pembalasan

Cari makan tidak fikir halal haram

Ampu pemimpin, pemimpin sayang, senang cari makan macam haiwan peliharaan

Sayang sekali orang yang cerdik tapi tabiatnya macam haiwan

Haiwan tanpa malu, tanpa segan, tanpa fikir larangan Tuhan

Kasihan binatang tidak bersekolah engkau ada pelajaran

 

10.8.2004 4

menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer