warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pengertian Pembaziran







Pengertian Pembaziran





Pengertian Pembaziran

 

Pembaziran adalah dianggap perbuatan syaitan

Ia adalah perbuatan ditegah lagi haram di sisi Tuhan

Pembaziran adalah luas pengertian

Berhati-hatilah kita di dalam hidup agar jangan terjebak dengan pembaziran

Pembaziran bukan sekadar memakai air belebihan ketika berwudhuk,

atau mandi wajib atau mandi kebiasaan

Itu hanya pembaziran terlalu kecil sahaja kalau dilakukan

Banyak lagi pembaziran yang besar-besar kalau kita faham di dalam kehidupan

Pembaziran pembelanjaan diri dan keluarga di dalam makan minum dan pakaian

berlebih-lebihan dan bermewah-mewahan tidak sepatutnya dilakukan

Memiliki kenderaan yang berlebih-lebihan untuk diri sendiri sahaja

bukan untuk sama buat perjuangan ia adalah dilarang

Rumah yang besar lebih daripada yang diperlukan untuk diri dan keluarga

adalah pembaziran

Yang lebih itu adalah kepunyaan orang lain yang memerlukan

tapi disalurkan  kepada kita oleh Tuhan

Pada kita sebagai ujian mampukah atau tidak untuk diagih-agihkan

kepada yang memerlukan

Tuhan suruh kita bercantik-cantik lakukan, asalkan jangan berlebih-lebihan

yang keterlaluan

Kalau sudah keterlaluan hingga hilang keindahan, satu pembaziran

Pembaziran bukan sahaja berlaku kepada harta, makan minum dan pakaian

Ia juga berlaku kepada tenaga dan masa yang disia-siakan tanpa dimanfaatkan

Mensia-siakan tenaga dan masa   juga pembaziran

Tenaga diguna kepada yang merosakkan bukan sahaja pembaziran

bahkan memudharatkan

Atau tenaga tidak diguna atau dibekukan, tidak digunakan hendak membuat kerja-kerja yang berguna, ia tetap di anggap pembaziran

Seperti tidur baring, berjalan-jalan tanpa apa-apa matlamat, duduk berborak-borak kosong membuang masa tanpa tujuan

Sekaligus sikap ini berlaku dua pembaziran

Pembaziran tenaga dan pembaziran masa yang sangat berharga buat insan

Termasuk pembaziran tenaga dan masa duduk berlepak-lepak, berfoya-foya tanpa tujuan

Ilmu juga boleh jadi pembaziran

Ilmu yang tidak diamalkan sekadar dimegah-megahkan

Ilmu untuk bermujadalah dan berbalah tidak dimanfaatkan

Ilmu tidak diamalkan bukan sahaja pembaziran kalau jadi mujadalah dan berbalah

pecah pula ukhwah

Ilmu sudah jadi bahaya, pecah perpaduan kerana salahguna

Di sini fahamlah kita pembaziran banyak jalan

Bukan pada harta, wang ringgit dan kekayaan

Berbagai-bagai perkara boleh jadi pembaziran yang boleh menjadi kawan syaitan

Haraplah ambil perhatian, moga-moga kita tidak dimurka Tuhan

 

16.9.2004 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer