warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pengertian Haji







Pengertian Haji





Pengertian Haji

 

Mengerjakan haji  ertinya seseorang hamba itu membawa hatinya kepada Tuhan, mengosongkan fikirannya dari memikirkan dunia

Hati yang merasa hancur luluh kerana takutkan Tuhannya

Hatinya fana daripada memikirkan dunia dan nikmatnya,

hanya kebesaran Tuhan sahaja dirasakannya

Membawa hati yang berdosa, menginginkan rahmat daripada Tuhan agar diampunkan dosanya

Hamba yang hatinya merasakan hina-dina, tidak berguna,

mengharapkan kemuliaan daripada Tuhannya

Hatinya yang penuh merasakan kebesaran, keagungan, kekuasaan dan kehebatan Tuhannya

Hati yang mengharapkan hidayah dan taufiq dari Tuhan sepanjang hayatnya

Inginkan keselamatan, keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan dari Tuhannya

Hati yang penuh mengharap dosa-dosanya diampunkan,

kesalahan-kesalahannya dimaafkan

Mengharap kepada Tuhan iman ditinggikan, taqwa ditambahkan, istiqamah dikekalkan

Hamba-hamba yang pergi menuju Tuhan, mengharapkan pandangan rahmat dari Tuhannya

Pergi haji seseorang hamba itu mengharapkan dosanya dihapuskan,

mati di dalam husnul khatimah yang diharapkan

Membawa hati yang derita kerana dosa-dosanya yang sudah dibuatnya, sedih dengan amalan yang tidak sempurna

Kekurangan amalannya agar ditampung, doanya diterima, kecuaiannya dimaafkan

Pergi haji seseorang itu rasa kesal di hadapan Tuhannya di atas kecuaian dan keterlanjuran

Hati yang penuh tawadhuk, khusyuk, malu berhadapan dengan Tuhannya

Selain itu, manakala melihat kesan sejarah, teringat para Rasul

Sahabat menderita dan terseksa kerana memperjuangkan kebenaran

Terkenang dan terasa sangat jasa-jasa mereka itu hingga Islam hidup berpanjangan

Kerana jasa merekalah Islam sampai kepada mereka ke akhir  zaman  dan mereka menganutinya

Teringat bagaimana kekasih Tuhan di dalam sejarah, cekal, sabar, redha menerima ujian

Apabila balik ke tanah air membawa perasaan yang insaf dan terkesan

Hingga perasaan itu menjadi pemangkin dan pendorong hendak berjuang sekalipun berhadapan dengan kesusahan

Mati angan-angan kepada dunia, rasa bertuhan dan hambanya  penuh di dalam perasaan

Jiwanya sangat hidup, perangainya sangat berubah, ibadahnya bertambah

Menjadi orang yang berkasih sayang, bertimbang rasa,

rasa bersama bekerjasama sesama manusia

Halus perasaannya, tinggi  kemanusiaannya, bertolak ansur dengan sesama

Itulah kesan seorang yang bertaqwa balik dari haji

Melahirkan manusia baru yang luar biasa, senang hati orang yang melihatnya

Orang yang macam itulah yang mendapat haji mabrur daripada Tuhannya

Pulang membawa jasadnya manusia, hatinya malaikat

Dosanya diampunkan Tuhan, bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan

Itulah dia orang Tuhan kesan daripada haji yang mabrur yang menggembirakan

Begitulah gambaran hati orang yang balik dari haji yang mendapat haji mabrur

Kalau begitu tentu sekali tidak ramai yang mendapatnya,

kerana haji yang mabrur itu sangat mahalnya

31.1.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer