warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pengamalan Islam Yang Tidak Sempurna







Pengamalan Islam Yang Tidak Sempurna





Pengamalan Islam Yang Tidak Sempurna

 

Ada orang beragama Islam berbagai-bagai keadaan

Ada orang beragama kerana ikut masyarakat umum beragama secara lahirnya,

maka dia pun beragama secara ikut-ikutan sahaja

Dia melaksanakan secara dengar-dengaran dan melihat-lihat orang melaksanakan, kemudian sedikit-sedikit dari bacaan-bacaan

Orang beragama secara ini dibentuk oleh environment tempatan atau tradisi tempatnya

Sah batal,  syarat, rukun tidak jelas, kerana meniru-niru orang ramai di dalam kehidupan

Jauh sekalilah penghayatan

Orang beragama semacam ini tidak ada kesan di dalam kehidupan insan

Ada orang beragama kerana keluarganya mengamalkan Islam secara lahir-lahirnya sahaja

Maka dia pun dipaksa dan digesa-gesa mengamalkan Islam bersama keluarga

Sedangkan dia mengamalkan bukan hasil didikan

Dia amalkan secara ikutan secara kasar-kasar sahaja

Dia beragama hanya dari warisan keluarga

Mengamalkan Islam secara ini mungkin lebih baik sedikit daripada

apa yang telah dijelaskan

Tidak kurang juga ada orang mengamalkan Islam dia dapat daripada sekolah tempat pengajian

Biasanya di sekolah lebih mementingkan ilmu dan hafalan-hafalan

Berlumba-lumba hendak menjadi ulama dan ilmuan

didikannya dan disiplinnya kurang diberatkan

Mengamalkan Islam dari pengajian seperti ini syariat lahirnya agak kemas,

ilmunya agak tepat di dalam pengamalan

Tapi oleh kerana penghayatan bersifat rohaniah kurang ditekankan

payah juga jati diri hendak dibangunkan

Lahirnya agak kemas tapi banyak menjadi orang yang suka bermujadalah

dengan ilmu pengetahuan

Suka sangat berhujah dan berbalah hingga pecah ukhwah

Golongan ini tidak menitikberatkan akhlak, hanya jaga syariat luarnya sahaja

Roh syariat kurang diambil berat dan dihayatkan

Golongan ini nampaknya sepintas lalu lahirnya bersyariat

Tapi merendah diri, kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama tidak lahir

dari syariat yang diamalkan

Golongan ini biasanya kalau berjuang melahirkan puak militan

Kasar dan tegang, keras dan menyerang

Akibatnya mereka menakutkan orang yang bukan Islam

Golongan yang akhir ini adalah puak yang memahami Islam secara global

Mereka adalah hasil dipimpin oleh pemimpin yang memberi ilmu secara syumul

Pemimpin sebagai guru, ayah, ibu, kawan setia, sentiasa memberi ilmu, mendidik dan memimpin ke satu arah perjuangan

Lahirnya jemaah, murid jadi pengikut, guru jadi pemimpin,

hubungan murid dengan pemimpin sebagai ayah dan ibu

Mereka syariatnya sangat mengikut As Sunnah, mencintai dan takut kepada Tuhannya

Mereka hayati syariat hingga menjadi jiwa dan darah daging mereka

Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama sesama mereka macam satu keluarga

Mereka malam menjadi abid-abid menyembah Allah, siang sibuk berjuang membangunkan jemaah dan kehidupan secara Islam dalam dan luar jemaah

Kelompok ini walaupun tidak ramai, lahir pembangunan insaniah dan material

Akhirat mereka utamakan dunia tidak diabaikan

Puak ini berlaku di setiap zaman tapi tidak begitu dikenal orang,

mereka dianggap orang dagang di zamannya

 

29.6.2004 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer