warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pendidikan Yang Tidak Bertunjangkan Tauhid







Pendidikan Yang Tidak Bertunjangkan Tauhid




Pendidikan Yang Tidak Bertunjangkan Tauhid

 

Apabila pelajaran dan pendidikan tidak bertunjangkan tauhid atau ketuhanan

Maka penjajahan akal fikiran pun berlaku di kalangan insan

Itulah yang dinamakan fikiran sekular

Fikiran sekular itulah yang akan berlaku penjajahan ke atas penjajahan

oleh hawa nafsu pula

Apabila fikiran dijajah oleh faham sekular dan nafsu,

sungguh dahsyat dan bahaya kepada manusia

Kerana penjajahan terhadap akal fikiran orang tidak sedar dan payah disedarkan

Biasanya itu lebih lama daripada penjajahan fizikal

Penjajahan fizikal semua orang sedar,

bahkan marah dan sentiasa hendak cari jalan keluar untuk bebas

Lahirlah perjuangan berabagai-bagai cara sama ada secara evolusi

mahupun secara revolusi untuk kebebasan

Tapi berlainan sekali penjajahan fikiran, ia merasa menjajah bukan dijajah

Orang tidak ada cita-cita hendak membebaskan fikirannya yang telah dijajah

Bahkan dia pula memikirkan bagaimana hendak menjajah fikiran orang lain untuk dijajah

Membebaskan penjajahan fizikal memerlukan pemimpin yang ditunjuk oleh rakyat

untuk kebebasan

Penjajahan fikiran memerlukan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan

Bahayanya penjajahan fikiran ini dia membunuh fitrah manusia

Kemahuan fitrah manusia itu kemahuan semua dan bersama

Ia puas dan memuaskan, indah-mengindahkan, harmoni-mengharmonikan

Ia boleh hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama

Pendidikan sekularlah yang menjadi orang tidak hormat ibu bapa, guru-guru, ulamak-ulamak dan pemimpin

Fikiran sekular itulah menjadikan ibu bapa, guru-guru, para ulamak, pemimpin hilang kasih sayang

Fikiran sekularlah menjadikan orang hidup nafsi-nafsi

Kemanusiaan musnah sama sekali, tidak peduli-mempeduli

Isteri tidak hormat suami, suami kurang simpati dengan isteri

Fikiran yang kena jajah inilah yang menjadikan orang tidak takut dan cinta kepada Tuhan

Akibat darinya ramailah orang berani melakukan jenayah yang berbagai-bagai bentuknya

Akhirnya fikiran sekular itulah yang memerangkap

dan menyusahkan diri manusia sendiri

Setelah fikiran memakan diri, setelah senjata makan tuan,

barulah sibuk hendak membuat jalan penyelesaiannya

Tapi fikiran sekular itulah yang masih berperanan untuk menyelesainya

Masalah tidak selesai, datang pula penyakit masyarakat yang baru yang menakutkan

Masyarakat duniatelah buntu

Hukuman dari Tuhan kepada manusia yang sudah derhaka, ingkar dan mungkar

Hanya sesungguhnya orang Tuhan sahaja yang dapat menyelamat dunia

yang sudah jadi neraka ini

 

28.4.2003 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer