warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pendidikan Yang Sudah Rosak







Pendidikan Yang Sudah Rosak




Pendidikan Yang Sudah Rosak

 

Dasar pendidikan di negara-negara umat Islam di seluruh dunia selepas merdeka

satu sama lain tidak jauh bezanya

Kalau adapun kelainannya hanya di segi teknik dan bahasa yang digunakan sahaja

Dasarnya dalah sekular, untuk semata-mata melahirkan orang pandai,

boleh membuat kemajuan dan mengejar dunia

Teras pendidikanya tidak berdasarkan tauhid atau ketuhanan,

kecuali terlalu sedikit sahaja

Syariat yang diajarkan pula terlalu asas, hanya di sekitar ibadah

Cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan jauh sekali,

tauhid hanya sekadar mengesahkan aqidah jangan tersalah

Oleh kerana di dalam pendidikan aqidah yang diajar terlalu asas,

akhlak yang tinggi dan mulia tidak mungkin terserlah

Tidak mungkin melahirkan manusia yang cintakan Allah dan sesama manusia

Apatah lagi hendak melahirkan manusia yang tawadhuk, pemurah, sabar,

rasa bersama bekerjasama, mengutamakan orang mustahil rasanya

Tidak mungkin melahirkan manusia yang ikhlas, pemalu, berani kerana Allah,

tawakal, berdikari, rajin beribadah, jujur

Pokok pendidikan yang telah ditanam semenjak merdeka sudah pun berbuah

Buahnya ialah yang berjaya di dalam perniagaan sombong, tamak, berfoya-foya, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi

Yang berjaya di bidang pelajaran dan mendapat jawatan tinggi, egonya tinggi,

hidup nafsi-nafsi, kecuali kerja rasmi

Yang tidak berjaya, kecewa, ada yang putus asa, inferiority complex tiba

Rasuah jadi budaya di kalangan yang berjaya, curi, tipu, kidnap,

di kalangan yang tidak kecewa

Melahirkan manusia sudah mewah pun tidak puas, yang miskin kecewa,

putus asa, melata

Pemuda-pemudi berfoya-foya, melepak-lepak merata-rata, terperangkap dengan dadah, ganja, bohjan, bohsia, bergaul bebas jadi budaya

Video lucah, vandalism, black metal, skin head, zina, disiplin tidak ada

Inilah dia buah daripada pendidikan, selepas merdeka yang berlaku

di negara umat Islam sedunia

Setiap golongan susah-menyusahkan di antara golongan,

curiga-mencurigai, di antara puak

Prejudis satu sama lain

Guru benci dengan murid, murid benci dengan guru, rakyat benci dengan pemimpin, pemimpin benci dengan rakyat

Di antara anak dan ibu bapa renggang, apatah lagi di antara saudara-mara

Berkawan tidak setia, khianat-mengkhianati sesama, jenayah memeningkan kepala, perpecahan tak usah dikira

Padahal tujuan ingin merdeka, ingin bangsa jadi kuat, kalaupun tidak jadi empayar

Tapi apa yang berlaku, tak usah hendak jadi empayar, berdikari pun belum boleh lagi

Kalau dulu bolehlah salahkan penjajah, sekarang siapa yang bersalah,

kalau bukan bangsa sendiri

Oleh kerana buah pendidikan di setiap negara telah menjadi racun, membunuh diri

Setiap orang di dalam ketakutan, setiap orang di dalam kebimbangan,

setiap orang merasa ngeri

Tapi cerdik pandai, pemimpin, ulama belum sedar diri, masih buntu,

jalan keluar tidak tahu

Bukan tidak tahu ada golongan membawa kebenaran, tapi bermusuhan

kerana kepentingan diri

Kepentingan diri yang telah diperolehi atau dididik daripada sekolah lagi

Sekarang negara umat Islam nama sahaja sudah merdeka, hakikatnya belum bebas lagi

Apabila Amerika mengamuk, umat Islam di dalam ketakutan, terpaksa menerima arahan

Apabila Amerika mengamuk, terpaksa ada negara umat Islam menjadi tali barutnya

Tapi katanya sudah merdeka, itu bukan merdeka, terpaksa ikut Amerika

 

2.2.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer