warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penawar Penyakit







Penawar Penyakit





Penawar Penyakit

 

Sembahyang fardhu atau sunat adalah ubat penyakit hati yang berbagai-bagai jenisnya

Membaca Al Quran adalah pil pengubat penyakit jiwa manusia

Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah yang merupakan barah rohaniah

dan lain-lain  penyakit rohani yang membahayakan manusia

Penyakit ini akan menular ke anggota lahir manusia, yang merosakkan manusia lain pula

Zikir yang menjadi wirid sejenis ubat rohani manusia juga

Kalau kena cara dan peraturannya boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga

Belajar ilmu yang tujuannya sama sahaja

Hendak membaiki penyakit batin manusia yang berbagai jenisnya

Ada penyakit bakhil, tamak, pemarah, dengki, dendam, riyak, ego, megah, ingin nama

sumah, cinta dunia dan lain-lainnya

Berfikir juga boleh mengubat penyakit rohani manusia kalau kena caranya

Ini adalah jenis ubat yang bersifat maknawi dan rohani

Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya ubat ia adalah ubat hati dan jiwa

Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus, gelojoh, sombong bodoh

merangsang dan mendorong

Tegasnya berbagai-bagai bentuk  ibadah yang ada di dalam Islam

semuanya itu adalah ubat jiwa

Supaya manusia sembuh daripada sebarang penyakit rohani yang merbahaya

Agar masyarakat berkasih sayang, bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama, bahagia dan harmoni

Tapi ramai orang yang beribadah berbagai jenisnya

tidak pula menyembuh penyakit jiwa atau hati mereka

Adakalanya makin banyak beribadah semakin subur penyakit batin manusia

Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia

Semakin banyak beribadah dengki dan pemarah masih subur di dalam hati manusia

Semakin banyak beribadah kasih sayang tidak ada

Bela-membela tidak pernah ada di dalam kehidupan manusia

Rupanya ibadah manusia itu tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia

Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat menghilang mazmumah yang merbahaya

Kalau penyakit tidak sembuh sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena

Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa

Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja

Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah apa-apa kepada manusia

Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia

Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa-apa

Ibadah orang yang lalai, untuk dimasukkan ke Neraka sahaja

Kerana beribadah tidak sampai matlamatnya

 

7.10.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer