Pemimpin Zaman Sekarang
Pemimpin Zaman Sekarang
Di akhir zaman ramai pemimpin, rakyatlah yang mendidik mereka
Bukan mereka mendidik rakyat
Kerana mereka dipilih oleh rakyat, bukan terjadi secara nature
Kalau rakyat tidak melantiknya, mereka tidak jadi pemimpin mereka
Oleh itu kenalah ikut selera rakyat, bukan selera pemimpin
Jika tidak ikut selera rakyat, di masa hadapan rakyat tidak memilih mereka
Kalau rakyat ramai yang sudah menjadi jahat, pemimpin yang baik jadi jahat kerana rakyat yang mendidik mereka
Sekiranya pemimpin itu sudah sedia jahat, maka bertambah jahatlah mereka
Di dunia hari ini jarang rakyat baik dididik oleh pemimpin
Kerana pemimpin yang perlu kepada rakyat, yang rakyat pula perlu pemimpin
yang macam mereka
Pemimpin yang sejati, mereka mencorak rakyat, bukan rakyat mencorak pemimpin
Rakyat laksana anak, pemimpin laksana ayah
Tentulah sepatutnya ayah mendidik anak bukan anak mendidik ayah
Ayah mendidik anak agak mudah, kerana anak dari ayah
Pemimpin hari ini susah hendak mendidik rakyat kerana mereka dari rakyat
Mereka menjadi pemimpin dari rakyat
Bagaimana hendak tegas dan berani mendidik rakyat mengikut seleranya?
Ditakuti musim pilihanraya tidak dipilih lagi oleh mereka
Pilihanraya adalah penentu nasib hidup mereka
Pilihanraya adalah perjudian di situlah menentukan untung rugi mereka
Kalau di dalam keluarga anak yang menentukan kehidupan ayahnya,
bagaimana ayah mahu mendidik anak-anaknya
Begitulah kalau pemimpin kehidupan mereka ditentukan oleh rakyatnya, bagaimana hendak tegas mendidik rakyatnya
Apa halnya kalau rakyat sudah jahat, maka pemimpin pun ikut jahat sama
Itulah yang menjadi penyakit di akhir zaman, hakikatnya rakyat yang memimpin bukan pemimpin itu yang memimpin
25.3.2004 – 3
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1545 reads
Post new comment