Pemimpin Yang Sejati
Pemimpin Yang Sejati
Peringatan untuk umat Islam!
Kalau seseorang itu baru sahaja berhenti jadi pemimpin sudah tidak dihormati orang, itulah dia dahulu tidak layak menjadi pemimpin dijadikan juga pemimpin
Pemimpin yang layak itu selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dihormati orang
Jika seseorang itu selepas bersara tidak jadi tempat rujuk lagi
itu juga bukan pemimpin yang sebenarnya
Pemimpin yang sebenar selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dijadikan
tempat rujuk orang
Sekiranya seseorang pemimpin selepas bersara, masih hidup lagi sudah dilupakan orang lebih-lebih lagi dengan bukan pemimpin yang sejati
Pemimpin sejati itu sekalipun sudah bersara selagi hidup dia tetap dikenang orang, diingat dan disanjung tinggi
Seorang pemimpin itu sekalipun sudah berhenti dia tetap dirindu dan disayangi
Kalau ada dengan tidak ada sama sahaja orang tidak terasa apa-apa
dia bukan pemimpin yang hakiki
Pemimpin yang hakiki itu selagi hidup walaupun sudah bersara dia tetap diziarahi orang
Orang tetap sayang, orang suka berkhidmat untuknya sekalipun sudah tidak ada jawatan itulah dia pemimpin
Lebih-lebih lagi seseorang itu tidak layak jadi pemimpin waktu ada jawatan dihormati setelah bersara orang tidak peduli
Bahkan ada setengah orang di masa memimpin dia disanjung tinggi kerana ditakuti setelah bersara dicaci-maki
Kebanyakan pemimpin di akhir zaman sebenarnya bukan pemimpin sejati
Buktinya setelah menjadi pemimpin orang tidak ambil peduli
Bahkan dia pun tidak begitu minat hendak bergaul secara umum, kerana dia sedar orang sudah tidak peduli bahkan tidak dihormati
Dia terpinggir dengan sendiri, membawa diri, kerana malu rakyat sudah tidak peduli
Adakalanya bersembahyang di masjid yang sama di waktu menjadi pemimpin berebut-rebut orang hendak bersalaman, setelah berhenti orang tidak peduli
Begitulah pemimpin umat Islam hari ini
Kerana itulah sudah berpuluh-puluh tahun merdeka, bangsa tidak ada kekuatan, perpaduan tidak wujud kerana pemimpin tidak ada wibawa
Seluruh negara umat Islam begitulah masih bermasalah
Kerana tidak seorang pemimpin yang benar-benar bertaqwa dan berwibawa
hingga dapat memberi kekuatan kepada bangsanya
Apabila tidak ada perpaduan tidak ada kemajuan tidak ada kekuatan, disalahkan rakyat tidak ada kesedaran
Rakyat dengan pemimpin seperti anak-anak di dalam satu keluarga dengan ayahnya
Kalau anak-anak hidup lintang-pukang, tidak ada kasih sayang, krisis berpanjangan menunjukkan si bapa tidak layak menjadi bapa
Bapa tidak mampu mempersatukan anak-anaknya, tidak pandai mendisiplinkan anak-anaknya tidak pandai mendidik anak-anaknya
Bilakah umat Islam mendapat seorang pemimpin yang menjadi contoh
kepada semua negara umat Islam
Yang dengan pemimpin umat Islam bersatu, berdisiplin, berakhlak,
taatkan Allah, membangun dan maju
Kurang sangat jenayah, kerana orang sudah takutkan Allah
8.3.2004 – 5
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 934 reads
Post new comment