warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Yang Sebenar







Pemimpin Yang Sebenar





Pemimpin Yang Sebenar

 

Ramai orang berebut-rebut hendak menjadi pemimpin rakyat

Kalau tidak pemimpin besar pun pemimpin kecil pun jadilah juga

Mereka bukan fikirkan tanggungjawab

Mereka fikirkan adalah jawatan pemimpin itu pintu rezeki atau kekayaan

mengumpulkan harta

Kalau mereka sedar dan faham pemimpin itu adalah tanggungjawab yang berat

akan disoal di Akhirat

Mereka adalah khalifah Tuhan untuk rakyat agar rakyat dibawa kepada Tuhan

tentu mereka takut menerimanya

Pemimpin sebenarnya adalah guru boleh memberi ilmu dunia Akhirat

Mereka juga adalah pendidik, diri mereka adalah contohnya

Peribadi mereka adalah ikutan anak zamannya

Mereka juga adalah payung rakyat atau payung pengikut-pengikutnya

Mereka sanggup kepanasan kena hujan asalkan rakyatnya atau pengikutnya selamat

Pemimpin juga adalah bapa sangat bertanggungjawab

Mereka juga adalah ibu tempat bermanja, tempat mengadu

Pemimpin juga adalah kawan setia

Sangat mengutamakan kawan daripada dirinya

Sangat mengambil berat terhadap kawan-kawannya

Pemimpin adalah penyelamat manusia, pembela rakyat jelata

Kalau begitulah peranan pemimpin, takut orang hendak merebutnya

atau meminta-mintanya

Malu hendak menerimanya, kalau sangat ditawarkan kepadanya

Ramai yang menolak, sedikit yang menerima

Sekarang jawatan kepimpinan jadi rebutan

Hingga kamu jatuh-menjatuhkan sesama sendiri

Pecah ukhwah, hilang perpaduan, renggang kasih sayang

Bahkan ada yang sanggup membeli jawatan dan merasuah orang ramai

Pemimpin yang layak, bertanggungjawab pula tidak ada ibu bapa

pun tidak mengapa, tetap terbela

Apakah anda layak menjadi pemimpin ketika rebutan?

Jawapannya adalah ada pada anda

 

15.7.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer