warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Yang Mempermainkan Agama Dan Bangsa







Pemimpin yang Mempermainkan Agama Dan Bangsa





Pemimpin yang Mempermainkan Agama Dan Bangsa

 

Ramai para pemimpin atau cerdik pandai Islam bukan hendak membangunkan

agama atau bangsa

Tapi hendak menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan diri sendiri

dan keluarga

Tapi rakyat sudah jahil tidak faham politik dan tidak faham agama

tidak sedar hakikat ini semuanya

Bila pemimpin dan cerdik pandai mengguna nama agama dan bangsa lantas percaya

dan menerima mereka wira agama dan bangsa

Bahkan rakyat kagum dengan mereka dan menyanjung mereka

sebagai pejuang agama dan bangsa

Rakyat menyangka bahawa mereka benar-benar memperjuangkan agama dan bangsa

Mereka tidak kenal pemimpin dan cerdik pandai yang mana memperjuangkan agama

dan bangsa dan yang mana mengguna agama dan bangsa untuk kepentingan diri

Maka rakyat pun tertipu oleh pemimpin dan cerdik pandai kerana kebodohan mereka sekalipun mereka ada kelulusan tinggi

Mereka yang menipu rakyat itu sibuk kempen dan bercakap merata negeri dan negara

Seolah-olah mereka benar-benar wira agama dan bangsa

Agama di mulut, bangsa selalu disebut mereka

Mereka yang sebenarnya bukan sibuk tapi buat-buat sibuk

Bagaimana kita hendak percaya mereka pejuang agama dan bangsa?!

Ibadah mereka tidak istiqamah, agama hanya dengar-dengar sahaja

bukan dipelajari dengan sebenar, syariat sering dilanggarnya

Cakap kerana bangsa, jirannya sendiri pun dia tidak ambil peduli, dibiar menderita

Itu jirannya, bagaimana pula mereka hendak membela bangsanya yang lebih ramai lagi

Tapi rakyat sudah buta hati tidak buta mata, mereka tidak sedar ini semuanya

Pemimpin dan cerdik pandai yang mengguna agama dan bangsa untuk kepentingan diri itu jangka panjang akan terbuka juga tembelang

Apabila cita-cita mereka tidak terkabul

Peluang menjadi pemimpin sudah terlepas maklumlah banyak saingannya

mereka rehat berjuang

Padahal umur mereka masih muda atau badan masih sihat, mereka rehat di dalam sihat

Di sini nampak tembelang mereka, bukan mereka berjuang tapi cari peluang

Apabila peluang tidak ada nampaklah tembelang mereka bahawa mereka

sebenarnya adalah petualang

Itulah di antara sebab-sebabnya mengapa negara-negara umat Islam

walaupun sudah lama merdeka belum boleh mencabar barat

Bahkan di sudut kemajuan pun masih ketinggalan

Perpaduan di kalangan umat Islam masih belum menjadi kenyataan

Boleh sahaja tidak berpadu dan bersatu di antara negara-negara umat Islam perpaduan di dalam negara pun masih terabai

Rupanya baru kita sedar selepas negara umat Islam merdeka kita sangka mereka berjuang tapi cari peluang

Ada di antara mereka sudah dianggap wira, sebenarnya bukan wira

tapi penipu bangsa

Kita menyangka mereka pejuang agama tapi berkecimpung di bidang agama

untuk sara hidupnya

Kalau beginilah sikap pemimpin dan cerdik pandai Islam masih belum berubah

100 tahun lagi pun agama dan bangsa tidak akan berdaulat

Mereka itu pandai menutup kelemahannya dia tuduh rakyat tidak berubah sikapnya

Rakyat ibarat anak, pemimpin dan cerdik pandai ibarat ibu dan bapa,

bagaimana anak-anak hendak berubah jika ibu dan bapanya  tidak berubah?

Kerana itulah sudah menjadi sunnatullah rakyat perlu pemimpin untuk merubah sikap

Rakyat tidak mungkin berubah sendiri tanpa pimpinan para pemimpin dan cerdik pandai bangsa

Sikap rakyat ditentukan oleh sikap pemimpin dan cerdik pandai di dalam negara

Bagaimana rakyat hendak merubah sikap kalau pemimpin dan cerdik pandai

tidak merubah sikapnya?

 

23.7.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer