warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Yang Kejam







Pemimpin Yang Kejam




Pemimpin Yang Kejam

 

Aku jemu dengan pemimpin

Setiap hari bercakap dengan rakyatnya: makan, minum, kesenangan dan kemewahan

Aku benci dengan pemimpin yang bercakap: ekonomi, saham dan pelaburan

Aku meluat dengan pemimpin setiap hari bercakap: Aku buat jasa

Aku telah membangun dan membuat kemajuan

Itu semuanya untuk fizikal

Jasad yang akan menjadi makanan ulat dan menjadi tanah

Mana makanan roh?

Roh bukankah akan kekal abadi

Rohlah yang akan merasa azab dan senang

Mengapa roh rakyat diabaikan?

Mengapa makanan roh tidak diberi

Program untuk roh tidak ada di dalam jadual

Engkau sebagai pemimpin membiarkan roh rakyat terbiar

Roh rakyat terabai

Roh mati kelaparan

Atau kurus kering tidak diberi makan

Oleh itulah rakyat boleh melahirkan sifat-sifat jiwanya

Bahkan sifat-sifat syaitan

Sifat-sifat malaikat tidak kelihatan

Kerana roh telah dibiarkan

Tidak diberi makan

Itulah dia pemimpin yang kejam

Yang zalim dan tidak bertanggungjawab

 

6.3.99

Selepas Asar 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer