warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Yang Berjaya







Pemimpin Yang Berjaya





Pemimpin Yang Berjaya

 

Pemimpin yang berjaya, adalah pemimpin yang mampu mendidik rakyatnya

Kesan didikannya manusia cinta dan takut kepada Tuhan

Hasil cinta dan takut dengan Tuhannya, otomatik pemimpin dihormati dan ditaati

Pemimpin yang pandai mendidik, dapat membawa rakyatnya cintakan Akhirat

Syariat dijadikan cara hidup menuju Tuhannya

Pemimpin yang sejati dapat mengasuh rakyatnya berkasih sayang dan bersatu padu satu sama lain

Bekerjasama setiap masa di dalam semua perkara

Dengan pemimpin rakyat rajin bekerja

Kalau tidak dibantu pun pandai hidup maju, betapa pulalah disokong dan dibantu

Pemimpin yang berwibawa mampu mendorong rakyatnya cintakan ilmu

Cintakan ilmu bukan untuk makan gaji atau dengan tujuan dunia

Tapi kerana perintah Allah demi untuk panduan di dalam kehidupan

Semakin ke hujung pemerintahan semakin orang sayang padanya

Pemimpin yang gagal dan bankrap itu tidak mampu memimpin rakyat cinta dan takutkan Tuhan

Tidak berjaya membawa rakyatnya bersatu padu

Apabila rakyatnya tidak dibantu tidak pandai hendak maju

Apabila dibantu kemudian maju, kaya-raya dan senang membazir pula

Di antara kegagalannya rakyat di manjakan, apabila senjata makan tuan mengugut-ugut pula

Pemimpin yang tidak popular itu tidak pandai didik rakyat

Rakyat terbiar tanpa dididik

Timbullah berbagai-bagai gejala masyarakat

Untuk menutup kelemahannya, pemimpin pun menuduh orang lain yang bersalah

Lempar batu sembunyi tangan

Yang ramai kena tuduh adalah pihak pembangkang

Makin ke hujung pemerintahannya semakin dibenci oleh rakyatnya

 

4.9.2001

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer