warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Sejati Penghubung Kepada Tuhan







Pemimpin Sejati Penghubung Kepada Tuhan




Pemimpin Sejati Penghubung Kepada Tuhan

 

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan

Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan Pencipta alam

Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan

Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan

Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi

Dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi

Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya

Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan

Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya

Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak

Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci

Kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin

Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan

Siapa yang tidak mahu dipimpin

Dia akan gagal menuju Tuhan

Kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin

Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin

Nanti yang akan memimpin adalah syaitan

Pimpinan syaitan adalah menyesatkan

Oleh itu harap mengambil perhatian

Setiap orang mesti perlukan pimpinan

Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan

 

Lepas Zuhur

10.12.99 (2 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer