warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Palsu Orang Benci







Pemimpin Palsu Orang Benci




Pemimpin Palsu Orang Benci

 

Pemimpin yang sejati lagi hakiki itu orang hormati dan sayangi hingga mati

Pemimpin yang palsu makin ke hujung kepimpinannya makin orang benci

Kerana takut, rakyat di hadapannya pura-pura hormat, di belakangnya dikutuk dan dilaknat

Pemimpin yang gagal untuk taatkan rakyat, banyak akta dan peraturan yang dibuat

Berbagai-bagai undang-undang yang dibuat untuk menyekat

Apabila dengan undang-undang pun gagal mengawal rakyat

Ugutan-ugutan pun dibuat

Gertak-gertak dan bentak-bentak dilakukan selalu apabila bercakap

Bercakap selalu marah-marah, jasa dan baktinya mulalah diungkit-ungkit di hadapan rakyat

Menuduh rakyat tidak mengenang jasa

Bercakap selalu sahaja mengikut rasa

Pertimbangan sudah tidak ada

Selalu sahaja melatah, selalu sahaja menuduh melulu

Apabila berbagai cara dibuat, rakyat makin marah

Rakyat makin mengata, orang ramai makin menghina

Tuduhan-tuduhan pun dibuat oleh pemimpin yang sudah kecewa

Carilah salah musuh-musuhnya, yang kecil dibesar-besarkan

Yang tiada diada-adakan

Diwujudkanlah perkara-perkara yang tidak wujud

Maka tangkapan pun dilakukan untuk mempertahankan kedudukan

Begitulah pemimpin yang tidak popular

Yang gagal mendidik rakyat

Sepatutnya mengundur diri, bukan bertindak terhadap rakyat    

 

13.8.2001 - 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer