warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Negara Bersengketa







Pemimpin Negara Bersengketa





Pemimpin Negara Bersengketa

 

Orang nombor satu dengan dua di dalam negara sedang bersengketa

Ramai rakyat di dalam negara belum menyedarinya kecuali cerdik pandainya

Aku sudah lama memeberitahu

Sebelum orang yang mengetahuinya

Persengketaan keduanya telah membarah dan parah

Barah itu sedang mengumpul darah dan nanah

Kedua-dua tokoh itu sedang merasa sakitnya

Orang di kiri kanan kedua-duanya telah gelisah

Barah itu cuba ditutup-tutup kerana menjaga wibawa

Macam krisis suami isteri di dalam rumah bersengketa

Di khalayak ramai berjalan berdua buat-buat mesra

Agar krisis dalaman tidak ketara

Barah itu makin lama makin membesar

Darah dan nanahnya semakin mendesaknya untuk keluar

Satu masa nanti ia akan pecah dan terbarai

Darah dan danurnya akan melimpah keluar

Bau busuknya akan tercium oleh orang ramai

Kerana busuknya orang lari meninggalkan keduanya

Kedua-duanya terhina

Dihina oleh pekung dan barah yang telah muntah

Kedua-duanya akan disisihkan

Seorang yang tidak diduga dan disangka akan ditabalkan

Selepas itu akan diganti oleh seorang yang telah dilupakan

Lebih-lebih lagi tidak terduga dan mengejutkan

Tunggulah masanya

 

16.6.98

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer