warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pemimpin Adalah Penyelamat







Pemimpin Adalah Penyelamat




Pemimpin Adalah Penyelamat

 

Menyeru orang membuat baik amat senang

Bahkan para-para pemimpin menjadikan membuat baik itu sebagai slogan

di dalam percakapan

Mereka menjadikan anjuran membuat baik itu di dalam syarahan-syarahan

siang dan malam

Di antara anjuran-anjuran itu, seperti demikian:

Bersatu adalah perlu, marilah kita bersatu tak usah fikir panjang melakukannya,

marilah kita cetuskan

Bersatu adalah kekuatan, kita boleh kuat, kita boleh maju, bangsa lain akan segan

Selain itu dianjurkan lagi oleh pemimpin: Marilah kita berkorban, marilah kita menyumbang ke arah kekuatan, demi kekuatan bangsa masa depan

Mereka selalu melaungkan: Marilah kita tanam semangat berdikari, bangun sendiri, jangan bersandar dengan bantuan kerajaan semata-mata, nanti jadi manja

Didorong lagi di dalam ucapannya marilah kita bekerjasama, buang fahaman politik

demi kemajuan

Menganjurkan kebaikan memang senang, mendidik orang membuat baik tidak semudah yang dicakapkan

Menyuruh orang membuat baik mudah, kita yang  bercakap hendak membuat baik lebih susah daripada orang

Hendak menjadi wira, menyuruh orang membuat baik gampang, hendak menjadi suri teladan kepada orang itu jarang

Hendak menjadi jurucakap membuat baik mudah, hendak menjadi contoh membuat baik, tidaklah semudah yang dislogankan

Wira-wira bercakap banyak, wira-wira membuat baik jarang bahkan sudah gersang

Kerana itulah rakyat payah dididik kerana pemimpin tidak  menjadi suri teladan

Bila rakyat tidak bersatu, tidak berkorban, tidak bekerjasama,

tidak memikirkan orang lain rakyat disalahkan

Padahal rakyat adalah bayangan pemimpinnya

Ibarat kayu,  kalau ia bengkok, bayangannya tentu bengkok pula

Rakyat yang baik adalah dari pemimpin yang baik

Kerana rakyat itu adalah murid, pemimpin adalah guru

Macam mana murid hendak menjadi baik kalau guru itu jahat

Biasanya pemimpin mendidik rakyat, bukan rakyat mendidik pemimpin

Kerana itulah di zaman Rasulullah dan di zaman Khulafaur Rasyidin rakyat-rakyatnya baik-baik

Kerana Rasulullah dan Khaulafaur Rasyidin itu adalah orang-orang yang sangat baik

Pemimpin adalah penyelamat, rakyat orang yang hendak di selamatkan

Taat bukan boleh dipaksa-paksa sekalipun diperintah, kalau pemimpin itu tidak ada wibawa rakyat hanya berlakon sahaja

Kasih sayang bukan boleh dilobi-lobi kalau pada pemimpin itu tidak ada sesuatu yang menarik

 

30.1.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer