warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pembebasan Pemimpin Yang Berbeza







Pembebasan Pemimpin Yang Berbeza





Pembebasan Pemimpin Yang Berbeza

 

Pembebasanku dan Anuar tarikhnya hampir sama

Sama-sama ditangkap cuma Anuar dipenjara aku tahanan terhad ISA

Anuar kes jenayah, aku kes keselamatan

Sama-sama asalnya bermusuh dengan Mahathir

Tapi Anuar masih bermusuh, aku telah berdamai secara senyap-senyap

tanpa disedari rakyat Malaysia

Berdamai itu adalah satu rahmat Tuhan dan Tuhan tidak suka berdendam

Sesama umat Islam disuruh berkasih sayang

Aku dan Anuar sama-sama sakit

Aku dan Anuar sama-sama menggunakan wheel chair

Aku dan Anuar nama dipangkal sama-sama huruf A

Aku dan Anuar sama-sama berjuang tapi diatas platform yang berlainan

Dua nama ini sama-sama disebut orang bakal PM malaysia

Kebebasan keduanya datang semula ke persada tanahair sungguh berbeza

Yang Anuar riuh rendah aku hanya senyap-senyap sahaja

Pengikut dan simpati Anuar mengambil peluang demonstrasi

Pengikutku dan para simpatiku buat kerja-kerja biasa

Kepulanganku dari sekatan tidak menyusahkan bagi pihak keselamatan

kerana keselamatan wajib sama-sama dijaga

Kepulangan Anuar dari penjara pihak keselamatan tidak boleh rehat

Di sini dapat dilihat watak dua pengikut tidak sama

Yang satu hilang pertimbangan dan yang satu lagi tenang

Tuhan mengajak umat Islam bertenang di dalam suasana apa sahaja

Agar beradab dengan Tuhan, redha dan bersyukur kepada-Nya

Anuar dan orang-orangnya mencari kekuatan dengan manusia

Aku dan pengikutku mencari kekuatan dengan Tuhan

secara membaiki diri dan taqwa serta doa

Mana boleh nasib kita hendak ditentukan oleh manusia

Nasib kita adalah ditentukan oleh Tuhan pencipta manusia

Kalau Tuhan memberi kekuatan kepada kita, Tuhan tidak ada kepentingan apa-apa

Jika manusia memberi kekuatan kepada kita memang tidak ada kekuatan pun

Manusia ada kepentingannya kepada kita

Mampukah kita membayarnya semula sedangkan Tuhan tidak payah dibayar semula?

Sekarang kata orang dua tokoh sedang berada di persada

Masing-masing membawa cinta yang berbeza

Masing-masing sedang berjuang mengikut masing-masing cara

Tuhan dan Rasul sedang memerhati, bangsa juga sedang menilainya

Kita lihatlah nanti Tuhan hendak pilih siapa

Jika Tuhan tidak pilih kita tidak mengapa, tanggungjawab yang berat tidak ada

Sekiranya Tuhan pilih kita, kita tidak mampu senyum kerana berat tanggungjawab kita

Kerana di Akhirat tetap Tuhan akan tanya

Jawapan itu apakah ke Syurga atau ke Neraka

Orang yang hendak sangat kuasa biasanya menyalahgunakan kuasa

Berhati-hatilah dengan mereka

 

28.10.2004 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer