warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pembangunan Insaniah Lebih Utama







Pembangunan Insaniah Lebih Utama




Pembangunan Insaniah Lebih Utama

 

Kita orang Melayu  khususnya mahu maju amnya umat Islam pun begitu,

Para pemimpin besar dan kecil bercakap merangsang memberi semangat ke arah itu

Tapi secara umum rakyat dan pemimpin sikapnya tidak begitu,

Adakalanya sikap kita double standard,

Tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan,

Begitu juga dasar setengah-setengah hal di satu sudut hendak membanteras gejala  masyarakat,

Di satu sudut yang lain menggalakkan

Yang lebih malang lagi tabiat orang Melayu  atau orang Islam,

Yang negatif tidak berubah ini menjadi penghalang kepada kemajuan,

Di antaranya dasar masyarakat melahirkan budaya lepak,

Samada disedari atau tidak,

Pergaulan bebas, menjadikan muda-mudi  jiwanya rosak

Apabila jiwa mereka rosak, terlibat  dengan dadah, pergaduhan, rokok,

zina, rogol, vandalism, curi, membuang masa sia-sia

Perangai-perangai ini menghalang  kemajuan  atau melambatkan  kemajuan

Di samping memecahbelahkan  perpaduan

Tabiat hasad dengki pula ada yang hendak  maju,

ada yang hendak meruntuhkan atau menghalang

Setengahnya  yang  ada  kuasa, menyalah  gunakan  kuasa

Ada orang tidak ada daya dan semangat  maju dibantu akhirnya gagal maju,

Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tidak dibantu

Bahkan  disekat tidak boleh maju

Berlakunya begini kerana sikap orang  kita  nawaitunya  tidak  sama

Ada  yang  berslogan maju bertujuan politik bukan dari hatinya

Ada  yang  berkuasa memilih-milih orang memberi bantuan

Kerana  kroninya untuk ambil hatinya, yang tidak dibantu adalah musuhnya

Yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya,

Ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri

Tapi tidak ada golongan yang pandai mengubati

Agar kemajuan tidak terhalang  menuju sasarannya

Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan senang

Memberi kaedah bagaimana masyarakat  boleh baik itu susah

Kemajuan di semua bidang ada hubungan dengan pembangunan insan

Berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya  dan sikapnya kemajuan mudah dibangunkan

Membangun material  rupanya ada hubungan dengan membangun insan

Membangunkan insaniah  itulah  yang  tidak  ada  orang  yang  boleh  melakukan

Kecuali dia orang Tuhan  yang  mampu  melakukan

Fikirkanlah  membangunkan  insaniah lebih dahulu

Membangunkan material  mudah dibangunkan

 

22.5.2004

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer