warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peliharalah Hatiku!







Peliharalah Hatiku!




Peliharalah Hatiku!

 

Tuhan! Luruskanlah hatiku!

Agar syariatku lurus dan sikapku berlaku lurus selalu

Bersihkanlah hatiku!

Agar keihklasanku kepada-Mu kental dan jitu

Juga supaya kebaikanku tidak bercampur dengan kejahatan

Supaya tidak bercampur di antara ketaatan dan kederhakaan

Tuhan! Engkau jatuhkanlah selalu di dalam hatiku ilmu dan hikmah

Pengajaran dan ingatan

Gerakkanlah hatiku sesuatu yang sesuai dengan kehendak-kehendak-Mu

Aku berlindung dengan-Mu daripada gerakan hati daripada ilham syaitan

Ingatan-ingatan hati yang inginkan kejahatan

Tuhan peliharalah hatiku!

Kerana ia adalah wadah tempat rebutan malaikat dan syaitan

Biarlah malaikat yang mengisinya

Kerana pengisian daripada malaikat adalah daripada-Mu Tuhan

Pengisian daripada syaitan tiada lain melainkan kejahatan dan keraguan

Tuhan! Selamatkanlah hatiku daripada cintakan dunia

Kerana ia adalah ibu segala kejahatan

Agar Engkau kucintai dengan sepenuh hati

Cintakan Engkau adalah ibu segala kebaikan

Tuhan! Jauhkan hatiku daripada angan-angan

Kerana ia adalah perkara yang sia-sia dan membuang masa

Tapi isilah hatiku selalu mengingati-Mu

Agar aku tidak terlalai-lalai

 

Lepas Isyak

26.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer