warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pejuang Yang Palsu







Pejuang Yang Palsu





Pejuang Yang Palsu

 

Engkau dahulu seperjuangan denganku

Bahkan engkau termasuk tokoh yang dikenali bersamaku

Engkau juga selalu memberi semangat dan kesedaran

bahawa memperjuangkan kebenaran banyak ujian dan cabaran

Selalu engkau ingatkan orang berjuang perlu ketahanan dan kesabaran

Para-para Rasul selalu sahaja menjadi hujah engkau di dalam percakapan

Engkau katakan bahawa mereka kerana Tuhan sanggup berkorban,

bersusah payah dan tabah

Cerita Tholut tidak kurang juga engkau kumandangkan untuk menarik perhatian orang

Pengikut Tholut asalnya ramai setelah diuji tinggal 313 orang

Begitulah saranan-saranan yang engkau sampaikan di dalam ucapan menarik orang ramai

Engkau termasuk orang yang dikagumi di dalam berdakwah dan ucapan

Rupanya sikap engkau itu Tuhan tidak biarkan

Tuhan uji engkau dengan tangkapan agar orang tahu siapa engkau,

pelakon pentaskah atau pejuang  yang ikhlas,

Sekarang tembelang sudah terbuka engkau tidak boleh lagi berpura-pura

Kawan-kawan sudah kenal engkau sekarang rupanya engkau bercakap itu

mencari nama dan popular

Nawaitu engkau selama ini engkau  sorokkan

sebenarnya engkau mencari tempat untuk mencari makan

Dengan ujian itu tembelang engkau sudah terbuka terang

Lebih-lebih lagi orang makin kenal engkau sekarang bahawa engkau berdakwah, buat motivasi tujuan mencari makan

Patutlah engkau apabila diuji dengan tangkapan engkau kecundang

Dahulu engkau disangka wira sekarang engkau dikenal berjuang mencari makan

Itu pun engkau mencari makan dengan bahan-bahan ilmu dari orang,

ramai menyangka kepunyaan engkau

Kemudian ilmu yang engkau ambil dari orang itu engkau hina-hina  pula,

Engkau  fitnah dia, engkau mengata dan mempersenda dia

Sekarang segala-galanya sudah menjadi kenyataan engkau siapa?,

orang yang engkau hina siapa?

Kita sudah 10 tahun berpisah, jemaah engkau tidak pun muncul  terserlah,

Kawan-kawan engkau hanya orang lama yang sikapnya hanya mencari makan

macam engkau

Orang yang engkau hina darinyalah engkau dapat ilmu, jemaahnya makin membesar dan global,

Minda-mindanya sudah diterima orang sekalipun orang  kenamaan,

Pengikut-pengikutnya bertambah ramai bahkan seluruh dunia

Sekarang siapa sebenarnya yang benar dan yang palsu? Terpinggir  dan tersingkir?

Kebenaran itu sepatutnya jangka panjang diterima orang sekalipun melalui ujian

Kita sudah berpisah 10 tahun engkau anggap engkau benar

sampai sekarang engkau seorang  yang lain kawan cari makan,

sampai sekarang engkau seorang  yang lain kawan cari makan,

Aku asalnya tinggal seorang setelah 10 tahun kawan-kawanku bertambah ramai

Aktivitiku bertambah besar, mindaku bertambah dipakai orang

Sadikit lagi kita akan sama-sama kenal,Moga-moga kita sama-sama panjang umur

alhamdulillah tanpa megah

Insya-Allah jika sama-sama panjang umur engkau akan terperanjat dan terbeliak biji mata

Di waktu itu engkau akan menyesal, tapi engkau hendak ikut aku tentulah engkau malu

Tidak ikut kebenaranku engkau sudah nampak dan terserlah

Kita lihatlah nanti apakah yang akan berlaku kepadamu,

Tuhan sahajalah yang akan menentukan

 

20.5.2005 3

Menjelang tidur

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer