warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pejuang Tidak Sama Dengan Simpati







Pejuang tidak sama dengan simpati




Pejuang Tidak Sama Dengan Simpati

 

Para-para pejuang kebenaran tidak sama orang yang simpati

atau orang yang hendak disedarkan

Para-para pejuang adalah payung atau tempat orang berteduh dan berlindung

Ertinya para-para pejuang sanggup hidup susah, sanggup menderita kerana keyakinannya dan kerana orang yang hendak diinsafkannya

Para-para pejuang tidak perlu lagi diumpan dengan kesenangan,

pada mereka senang dan susah sama aja

Yang perlu diumpan-umpan dengan kesenangan atau penghormatan adalah para simpati atau orang yang baru datang atau orang yang hendak diajak kepada Tuhan

Strategi ini Rasulullah pernah melakukannya, di antaranya apa yang dilakukannya kepada Abu Sufian

Kerana umpan-umpan dengan kesenangan itu atau dengan penghormatan mereka boleh berjinak-jinak dengan perjuangan dan rapat dengan ahli perjuangan

Dari sini ada peluanglagi mendidik dan meningkatkan keimanan dan kesedaran mereka

Insya-Allah lam-kelamaan mereka akan sampai kepada kemuncak kesedarannya

Di waktu itu mereka pula sanggup menjadi payung iaitu pelindung kepada orang ramai terutama orang yang baru sedar

Di dalam Islam zakat bukankah satu asnaf di antara 8 asnaf boleh diberi kepada muallaf orang yang baru masuk Islam

Muallaf itu sekalipun mereka kaya  dan orang besar

Kerana mereka baru masuk Islam hendak diambil hatinya

Seolah-olah orang baru di dalam Islam atau di dalam perjuangan Islam baru peralihan di antara cinta dunia dengan cintakan Tuhan

Diumpan dengan harta itu supaya mereka beralih perlahan-lahan tidaklah secara direntap atau drastik

Lama-kelamaan nanti setelah dididik lagi mereka pun akan menjadi orang lama di dalam Islam mereka akan berubah

Begitulah mendidik di dalam ajaran Islam ini berlaku secara evolusi bukan secara revolusi

Di sinilah bijaksana-Nya Allah Taala mendidik manusia

Ia berlaku bertahap-tahap dan perlahan-lahan tidak secara drastik

Begitulah secara umumnya mendidik manusia ini berlaku secara perlahan-lahan

Kecuali berlaku kepada satu dua orang secara cepat ini tidak diambil kira, Islam memandang secara majoritinya

Di sinilah para-para pejuang perlu faham

Bijaksana di dalam perjuangan perlu ada bahkan kenalah dilaksana

Para-para pejuang mestilah cerdik dan berhalus mendidik manusia

Kalau tidak ramai orang akan menolak perjuangan Islam terutama orang-orang kaya dan cerdik pandai

Bersenilah di dalam perjuangan, bijaksanalah di dalam mendidik, berhati-hatilah memujuk orang

Begitulah perjuangan Islam, banyak perkara yang tersirat yang perlu difaham

Agar perjuangan tidak kecundang

  

19.6.2003 1

Menjelang Maghrib & Selepas Maghrib  

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer