warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pejuang Pejuang Palsu Akan Terkejut







Pejuang-Pejuang Palsu Akan Terkejut





Pejuang-Pejuang Palsu Akan Terkejut

 

Pejuang-pejuang Islam di atas pentas akan terkejut nanti

Pejuang-pejuang Islam yang palsu akan tahu nanti dan akan tergigit jari

Orang-orang yang mengguna Islam untuk kepentingan peribadi lebih-lebih lagi

Pejuang-pejuang Islam yang menggunakan Islam untuk menghentam orang akan kecundang

Bahkan orang yang menjual nama Islam untuk kepentingan politiknya

Juga akan terkejut nanti

Satu peristiwa besar yang tidak terduga akan berlaku

Di awal kurun ini perjuangan kebenaran dan pemimpinnya akan ditonjol Tuhan

Dia akan membetulkan semula yang tersilap

Akan menumpaskan segala yang salah dan tidak memberi faedah

Mentautkan semula yang renggang

Menyatukan semula yang berpecah-belah

Menghidupkan semula Sunnah dan membanteras yang bidaah

Memerangi kemungkaran dan kemaksiatan yang terang-terangan

Membela fakir miskin dan memaksa orang yang kaya

Menghidupkan semula jiwa yang sudah mati

Menumpaskan mazmumah-mazmumah yang telah merosakkan manusia

Menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam pergaulan dan di dalam sebarang hal

Mencetuskan semula ukhwah dan keharmonian sesama manusia

Menyuburkan semula rasa bertuhan

Hidupkan semula rasa kehambaan

Tuhan disembah, dipuja, dicintai, ditakuti dan dijadikan idola

Akan meriah semula syiar dan ayatullah di dalam kehidupan

Pejuang-pejuang palsu akan senyap dan penuh malu

Kerana tidak boleh berlakon dan berpura-pura lagi di hadapan rakyat

 

Menjelang tidur

13.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer