warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pegangan Hidup Punca Derita







Pegangan Hidup Punca Derita




Pegangan Hidup Punca Derita

 

Bagaimana jiwa engkau tidak derita, ketentuan Tuhan engkau tidak redha

Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada

Apa sahaja engkau buat minta pujian manusia

Bukan semua manusia yang boleh memujimu

Jika tidak dipuji sudah tentu jiwa derita

Engkau sentiasa memburu nama

Tidak mungkin engkau mudah mendapatkannya

Jika tidak engkau memperolehinya, sudah tentu engkau kecewa

Lebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenang

Kerana engkau mempertajam hasad dengki dengan manusia

Tidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkau

Jiwa engkau menderita, dan engkau dengki dengannya

Kalau dengki engkau itu tidak berjaya

Sudah tentu jiwa engkau lebih lagi derita

Kalau orang itu makin senang

Engkau lebih-lebih lagi tidak tenang

Apa sahaja engkau usahakan

Semuanya engkau sandarkan kepada diri engkau

Bukan engkau sandarkan kepada Tuhan yang Maha Kuasa

Mana engkau ada kuasa

Jika usaha engkau gagal tentu engkau kecewa, jiwa pun menderita

Kalau engkau berjaya, engkau sombong pula

Kerana engkau merasai engkau adalah luar biasa

Bukan kuasa Tuhan yang menjayakan usaha-usaha engkau itu

Jadi pegangan hidup engkau itulah yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita

 

Menjelang tidur

26.12.99 (9 Ramadhan 1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer