warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Patutnya Engkau Disembah







Patutnya Engkau Disembah




Patutnya Engkau Disembah

 

Ya Allah! Kerana terlalu banyaknya rahmat dan nikmat-Mu

Melimpah-ruahnya kurniaan-Mu setiap waktu

Payah lidah hendak menyebutnya

Tidak mampu hendak menghitungnya

Sekalipun dengan alat yang canggih

Kalaulah takdirnya Engkau tidak wujudkan Syurga dan Neraka

Bahkan kalau sekiranya Engkau tidak mewajibkan

Kepada hamba-hamba-Mu menyembah-Mu

Namun bagi hati yang murni, fitrah yang suci

Jiwa tetap rasa bersalah jika Engkau tidak disembah

Fitrah semulajadi merasa tidak patut kalau Engkau tidak disembah

Bahkan hati ini tetap merasa bersalah

Jika tidak membesar dan mengagungkan-Mu

Betapa pulalah Engkau telah mewajibkan

Hamba-hamba-Mu menyembah-Mu

Lebih patut lagilah Engkau diagung dan disembah

Kerana itulah siapa sahaja tidak menyembah-Mu

Melupakan, mengingati dan membesarkan-Mu

Jiwa orang ini sentiasa gelisah

Jiwa tidak tenang, resah tidak menentu arah

Kerana fitrah, itu tabiatnya

Secara kita tidak sedar tetap rasa bersalah

Lantaran itulah kita boleh lihat di dalam pergaulan kita

Jika seseorang itu tidak mempedulikan Allah

Sekalipun kaya, berkuasa, berilmu

Namun jiwanya sentiasa gelisah

Dia akan jadi orang pemarah

Atau emosinya tinggi

Mudah sahaja tersinggung dan marah-marah

 

Lepas Zuhur

20.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer