warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja







Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja




Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja

 

Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat

Rugi sekali

Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa

Engkau membuang masa

Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu

Termasuk mensia-siakan umur engkau

Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat

Terbuang sahaja masa engkau

Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja

Engkau telah merugikan kebiasaan

Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa

Masa engkau percuma sahaja

Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa

Tapi engkau telah mensia-siakan itu semua

Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah

Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi

Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau

Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas

Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat

Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya?

Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan

Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa

Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat

Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja

Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak

Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa

Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita

Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat

Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala

Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah

 

Lepas Zuhur

30.12.99 (22 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer