warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan







Orang Yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan




Orang Yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan

 

Di dalam jemaah perjuangan Islam, orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama

Atau tidak akan ada ikut sama dari mula

Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik, payah menerima semua

Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya

Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi payah sampai ke hujung perjuangannya

Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji

Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran

Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin

Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran

Dari permulaan hingga ke destinasinya

Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya

Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja

Yang boleh menerima khawariqul 'adah tanpa logik akalnya

Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego

Yang mudah memberi taat dan setia

Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya

Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya

Orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai

Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya

Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung

Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan

 

30.9.98

Selepas Subuh - 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer