warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Yang Lemah Rasa Bertuhan







Orang Yang Lemah Rasa BerTuhan




Orang Yang Lemah Rasa BerTuhan

 

Watak semulajadi manusia, terutama perempuan kalau rasa bertuhan lemah,

suka menunjuk-nunjuk

Kalau mukanya cantik, dia suka orang mengambil perhatian kepadanya

Jika dia berpakaian dia suka orang melihatnya cantik dan menarik

Sekiranya suaranya sedap, dia ingin menarik perhatian orang dengan suaranya yang g merdu

Begitulah juga jika seseorang itu petah bercakap hendak sangat bercakap untuk orang memujinya

Jika dia sasa, tegap, berani, suka menceritakan keberanian dan kehandalannya

Sengaja dia cari-cari fasal bagaimana boleh menceritakan kehebatannya

Seterusnya di dalam pergaulan suka menceritakan kepandaian, kebolehan, keberaniannya

Hingga setengah orang untuk menarik perhatian orang tidak segan-segan silu menceritakan di tempat kerjanya ramai perempuan atau laki-laki jatuh hati dengannya

Bahkan perangai manusia itu, di tengah ramai apa sahaja kelebihan yang ada pada dirinya dia akan bercerita

Dia akan cari jalan bagaimana dia hendak promosikan dirinya

Sikap ini ada beberapa perkara  akan berlaku kalau kita perhati di dalam pergaulan

Sebenarnya yang mengambil perhatian itu sedikit sangat, yang ramai tidak peduli pun, kerana bukan kita seorang manusia orang lain manusia juga

Sikap menunjuk-nunjuk ini mengundang kebencian orang, orang meluat, kalau orang benci apa untungnya?!

Perhatian orang pada seseorang hingga orang jatuh hati padanya sekalipun orang itu tidak suka, orang mengambil perhatian ialah akhlaknya

Orang jatuh hati dengan akhlak, seperti tawadhuknya, kemesraannya, kasih sayang, timbang rasa, bertolak ansur, mahu berlebih kurang, pemaafnya, suka meminta maaf, perikemanusiaannya

Akhlak itulah orang jatuh hati, akhlak itulah orang senang hati, akhlak itulah orang perhati

Orang itu buruk pun tidak mengapa, akhlak itulah mencantikkannya

Pakaian tidak menarik pun tidak mengapa, tapi akhlak yang mulia itulah tarikan manusia

Kepercayaan orang adalah pada akhlaknya bukan selainnya

Akhlak adalah bunga diri, tidak ada bunga diri, tidak ada perhatian manusia

Berakhlak mulialah sekalipun kita tidak hendak perhatian manusia,

perhatian manusia sudah pasti ada

 

8.2.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer