warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Yang Berfikiran Sempit







Orang Yang Berfikiran Sempit





Orang Yang Berfikiran Sempit

 

Orang yang hanya memikirkan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kekayaan, perkahwinan sekalipun pandai orang yang tidak ada cita-cita besar

Orang ini dia akan berjuang di sekitar apa yang telah diperkatakan

Berjuang untuk individu yang sempit atau untuk peribadi yang sempit

Orang ini kalau dia memperkatakan agama, bangsa dan negara hanya berslogan

atau untuk menyedapkan percakapan

Mereka itu agama rosak, bangsa mundur, negara terancam dia tidak susah hati

Yang mereka susah hati hanya terhadap dirinya

Orang ini payah hendak berkorban untuk agama, bangsa dan negara

Padahal agama adalah hidup mati, bangsa adalah kita sendiri, negara tempat tinggal kita rumah rakyat, rumah kita

Kalau ketiga-tiganya itu tidak selamat kita juga tidak selamat

Begitulah orang memikirkan peribadi, fikirannya sempit, jiwanya sudah mati

sebelum kematian tubuh kasarnya

Orang berfaham individu ini ramai pun tidak berguna

Ramai pun tidak menjadi kekuatan bahkan menyusahkan

Ramai tapi hidup nafsi-nafsi, hidup sendiri-sendiri

Di zaman ini ramai umat Islam hidup begini

Kasih sayang sudah mati, ikatan hati putus sama sekali

Apabila ikatan hati tidak wujud perpaduan dan kesatuan payah terjadi

Begitulah di antara negara Islam dengan negara Islam perpaduan jauh sekali

Itulah sebabnya musuh mempermainkan umat Islam sesuka hati

Walaupun begitu umat Islam masih tidak sedar diri

Musuh mempermainkan umat Islam macam buah catur

Mereka catur umat Islam sehingga jatuh maruah diri

Umat Islam hari ini mana ada fikir maruah

Yang penting senang dan mewah, sekalipun terpaksa agama, bangsa dan negara diperjudi

Begitulah umat Islam yang cinta dunia dan takut mati

Maruah diri sudah jadi rendah maka malu pun tercabut daripada lubuk hati

 

20.6.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer