warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Yang Ada Cita Cita Perjuangan







Orang Yang Ada Cita-Cita Perjuangan




Orang Yang Ada Cita-Cita Perjuangan

 

Orang yang ada cita-cita perjuangan itu

Sanggup berkorban apa sahaja

Sanggup terkorban

Pandai berstrategi

Pandai memperimbang perbelanjaan keluarga dengan pendapatannya

Mendidik sama anak dan isteri kepada perjuangan

Tidak meminta-minta kecuali kepada orang yang sangat dikasihi

Pandai menilai kawan dan lawan

Sentiasa siap siaga

Tidak menyesal terkorban

Tidak kecewa berhadapan dengan kegagalan

Pandai menilai masyarakat zamannya

Sama ada yang berlaku di dunia mahupun yang berlaku di negaranya

Pandai mengorak langkah

Ertinya adakalanya dia mundur setapak ke belakang mengumpul kekuatan

Adakalanya berhenti beberapa ketika

Adakalanya terus maju

Optimis masa depan

Melakukan tipudaya di dalam perjuangannya

Tidak melahirkan keluhan ketika terdesak

Tidak menghampakan permintaan kawan-kawannya atau orang yang susah

Berahsia kepada sesetengah orang dan tidak berahsia kepada sesetengahnya pula

Di dalam perjuangannya dia tidak melobi dan memaksa

Tapi dia tetap sentiasa memberi penjelasan dan kesedaran

Mendekatkan diri kepada Allah dan selalu mengadu kepada-Nya

Tidak membuang-buang masa

Indentiti diri dibawa ke mana-mana

Dengan kata-kata yang lain

Orang yang ada prinsip peka dengan sebarang kejadian

Tidak melulu, tidak mudah melatah

Setiap berita yang datang dia meneliti dan kaji lebih dahulu

Kehidupan hariannya melambangkan perjuangannya

Keluarganya contoh cita-citanya

Sentiasa mencari ilmu dan pengalaman

Terutama yang ada hubungan dengan membaiki diri dan perjuangannya

Serius tetapi mesra

 

Selepas Asar

4.4.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer