warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Kayalah Membuat Masalah







Orang Kayalah Membuat Masalah




Orang Kayalah Membuat Masalah

 

Yang sebenarnya orang yang kayalah di dunia ini menjadi masalah

Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat

Sistem ekonomi mereka riba adalah menjadi punca rakyat teraniaya

Mereka monopoli di bidang ekonomi

Merekalah yang menentukan harga bahan mentah yang dibeli dari rakyat

Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang yang hendak dijual kepada umum

Kerana mereka ingin untung banyak, bahan mentah dibeli dengan harga yang murah

Setelah jadi barang, dijual pula dengan harga yang mahal

Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah

Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang yang terlalu mahal

Ditambah lagi rasa malang, timbul rebutan dan saingan

Bakhil pun timbul, tidak mahu menolong fakir miskin

Orang yang susah bertambah susah, si miskin bertambah miskin

Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak

Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan

Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup atau ingin senang, jual diri dan maruah

Gaji buruh pula terlalu murah

Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh

Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya

Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat

Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama

Golongan yang miskin ini akhirnya sedar

Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya

Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia

Demonstrasi di sana sini

Kidnap, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari

Akibatnya keamanan tidak wujud

Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan, orang ramai tergugat keselamatannya

Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah

 

Menjelang Zuhur

9.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer