warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Besar Kawan Kawannya Terbatas







Orang besar kawan-kawannya terbatas




Orang Besar Kawan-kawannya Terbatas

 

Orang besar, orang berkuasa,

orang kaya kurang berkawan

Kawan-kawan mereka terbatas

sesama mereka itu pun tidak semua

Kalau mereka bertemu hanya di majlis-majlis rasmi sahaja

Berlainan sekali golongan bawahan atau rakyat jelata

Mereka suka berkawan,

bahkan kawan mereka agak ramai

Mereka berkawan tidak mesti di majlis-majlis rasmi sahaja

Mereka bertemu tidak kira di mana-mana sahaja

Di majlis tidak rasmi lebih kerap mereka berjumpa

Mereka berjumpa tidak kira tempat, tidak kira masa

Rupanya manusia ini di dalam soal berkawan

akan-akan sama seperti haiwan

Orang-orang besar, orang berkuasa dan kaya

seperti harimau atau singa

Harimau dan singa mereka berkawan terbatas beberapa ekor

Tidak seperti rakyat jelata

Mereka seperti semut atau burung,

mereka suka berkawan beramai-ramai

Jarang sekali binatang kecil ini keseorangan kecuali tersesat

Begitulah tabiat manusia orang besar dan orang kecil

berkawan sangat berbeza

Orang besar kawan-kawannya terbatas,

orang kecil kawannya ramai

 

9.11.2002 4

Malam selepas Tarawikh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer