warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Bertaqwa Aset Tuhan Di Dunia







Orang Bertaqwa Aset Tuhan Di Dunia




Orang Bertaqwa Aset Tuhan Di Dunia

 

Orang yang bertaqwa adalah aset Tuhan di dunia

Harta yang sangat berharga yang Allah sampaikan untuk manusia

Merekalah yang menjadi pandanganTuhan

Dari merekalah menjadi sumber barokah, sumber rezeki, sumber keamanan, sumber keselamatan, sumber kejayaan, sumber kemenangan

Kalau bukan kerana mereka dunia sepanjang masa menjadi neraka sebelum Neraka

Manusia di dalam kecelakaan, huru-hara, dan di dalam bala bencana

Tapi umum manusia tidak mengetahuinya

Bahkan adakalanya manusia memusuhi mereka

Mereka adalah kecintaan di dunia

Tuhan redha kepada mereka dan mereka redha kepada Tuhan

Kematiannya satu kerugian kepada manusia

Tapi manusia tidak mengetahui kerugian itu

Dosa-dosanya diampunkan oleh Tuhan

Kepulangannya ke negeri Akhirat dialu-alukan dan disambut oleh orang-orang Tuhan dengan penuh gembira

Mereka adalah rijalullah atau ahlillah di dunia

Dengan sebab merekalah manusia diberi rezeki dan dibantu

Walaupun disebabkan mereka manusia mendapat barokah

Tapi adakalanya kehidupan mereka mendapat kesusahan disebabkan manusia

Mereka dimusuhi, mereka disakiti

Bahkan adakalanya mereka dipenjarakan dan dibunuh

Kerana Tuhan hendak meninggikan darjat mereka

Mereka mendapat kesusahan di dunia dan mendapat kebahagiaan di Akhirat sana

Begitulah orang yang bertaqwa aset Tuhan yang berharga di dunia

Ia lebih berharga daripada seluruh aset dunia

Tuhan jadikan mereka secara tersembunyi untuk kebahagiaan manusia

Kerana itu seluruh manusia tidak menyedarinya

 

9.1.2000 = 2 Syawal 1420

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer