warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Orang Berkuasa Yang Tidak Ada Kuasa







Orang Berkuasa Yang Tidak Ada Kuasa




Orang Berkuasa Yang Tidak Ada Kuasa

 

Engkau adalah orang yang berkuasa yang tidak ada kuasa

Kerana di atas kuasamu ada lagi Yang Maha Kuasa

Yang berkuasa di atas kuasamu

Oleh itu jangan sombong dan bangga dengan kuasamu

Engkau tidak sedarkah, engkau berkuasa yang tidak ada kuasa

Rakyatmu sendiri telah membenci bahkan memakimu

Engkau tidak mampu membendungnya

Bahkan orang yang engkau suap nasi ke mulutnya pun telah membencimu

Engkau tidak dapat menahan kebenciannya

Mereka mengangguk di depanmu

Di belakangmu mencercamu

Pengawal keselamatan yang menjagamu pun telah jemu melihat telatahmu

Orang di keliling-kelalangmu pun, lain di mulut lain di hati

Takkan engkau tidak dapat membaca

Aku tahu yang engkau tahu mereka semuanya telah membencimu

Tapi sengaja engkau buat-buat tidak faham

Berlakon macam pemimpin yang konon masih disayangi orang

Tapi hatimu bolehkah berbohong

Bila engkau balik ke rumah, setelah terpisah dari rakyat

Segala kebencian rakyat berkumpul semuanya di dalam fikiranmu

Macam ada duri yang mencucuk-cucuk

Engkau kan tidak boleh tidur malam

Bagaimana mahu tidur malam

Seluruh rakyatmu telah mengetuk dan memukul

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer