warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nikmat Tuhan Disalahgunakan







Nikmat Tuhan Disalahgunakan




Nikmat Tuhan Disalahgunakan

 

Apa sudah jadi kepada manusia?!

Masing-masing menyalahgunakan nikmat Tuhan yang ada padanya

Hingga mereka derhaka kepada Tuhannya

Di samping merosakkan kehidupan manusia

Ada yang muka cantik, terpesona dengan kecantikannya

Dia pun menyalahguna kecantikannya

Ramai manusia yang rosak imannya kerana kecantikannya

Ada yang kaya sombong dengan kekayaannya

Dia pun berfoya-foya dengan kekayaannya itu

Hanya senang untuk sendiri tidak pun menolong fakir miskin

Ada yang pandai, kagum dengan kepandaiannya

Menyalahgunakan pula dengan ilmunya

Untuk nama dan kesenangan hidup semata-mata

Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya

Ada pula orang sedikit sahaja diberi kuasa oleh Tuhannya

Menyalahgunakan kuasa yang ada padanya

Dia menzalim dan menghukum manusia sesuka hatinya

Ramai manusia yang teraniaya

Di sini baru kita tahu ramai orang yang kufur dengan nikmat Tuhannya

Yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan diri orang lain

Hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur

Iaitu orang yang takut dengan Tuhannya, dan mengambil berat kehidupan di Akhirat

 

13.11.2001

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer