warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nikmat Berserta Rahmat & Nikmat Berserta Istidraj







Nikmat Berserta Rahmat & Nikmat Berserta Istidraj




Nikmat Berserta Rahmat & Nikmat Berserta Istidraj

 

Di antara rahmat Allah Tuhan mencipta alam,

orang baik mahupun orang jahat diberi nikmat

Nikmat makan minum, nikmat tempat tinggal, harta,

kepandaian dan kejayaan serta lain-lain lagi

Orang baik dianugerahkan bersama redha-Nya, orang jahat bersama kemurkaan-Nya

Orang soleh diberi dengan rahmat, orang fasik diberi dengan istidraj atau laknat

Diberi dengan rahmat adakalanya sedikit sahaja, tapi berkat, side effectnya baik

Diberi dengan laknat atau istidraj adakalanya banyak tapi tidak berkat,

side effectnya sangat negatif

Orang soleh dengan nikmat dia bersyukur, aman, damai, tenang, bahagia dan harmoni

Sekali-sekala diuji dengan kesusahan, agar dia diampunkan dosa-dosanya

Orang fasik atau tholih dengan nikmat dia kufur dan derhaka, dia lalai dan lupa

Kerana itu Tuhan tukar dengan masalah yang menyusahkan tidak selesai-selesai

Makin kaya, berpangkat, berilmu, berjawatan tinggi, entah apa keistimewaannya lagi

Tuhan gantikan dengan orang benci, anak isteri tidak setia,

penyakit bertimpa-timpa, bala bencana silih berganti

Akibatnya kejayaan hidup tidak memberi apa-apa  erti

Hidup di dalam keluh-kesah, fikiran berserabut, tidak bahagia,

tidak tenang, tidak harmoni

Itulah yang banyak berlaku di dunia hari ini

Banyak orang pandai tapi tidak dapat keredhaan Tuhan

Ramai orang yang berjaya keredhaan Tuhan tidak diperolehinya

Tidak kurang orang yang mendapat kekayaan, keredhaan Tuhan tidak dapat

Ada bangsa yang maju, membangun tapi dengan kemurkaan atau istidraj dari Tuhan

Berlaku pula dalam masa yang sama jenayah banyak,

krisis berlaku, peperangan terjadi

Pecah-belah, berbalah, bergaduh dan berkelahi

Apa sudah jadi?!

Kejayaan yang diperolehi penuh duri, di dalam ketakutan, di dalam kebimbangan

Apa yang dihajat dapat, tapi dapat bersama ketakutan

Apalah ertinya hidup yang begini?

 

24.9.2003

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer