warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nikmat Mu Dalam Redha Mu







Nikmat-Mu Dalam Redha-Mu




Nikmat-Mu Dalam Redha-Mu

 

Di antara rahmat dan nikmat Tuhan kepadaku

Yang berlaku padaku di akhir-akhir ini yang jarang aku lupakan

Apabila aku menghadapi hidangan makanan

Atau aku berpakaian di badan

Juga ketika aku menaiki kenderaan

Fikiranku pun merayap-rayap berjalan

Perasaanku pun berbagai-bagai ingatan

Mula-mula aku ingat bahawa nikmat itu tidak layak aku dapatkan

Tapi dengan kemurahan Tuhan diberi-Nya juga apabila diperlukan

Aku bisikkan di dalam hati kepada Tuhan dengan merendah diri

Tuhan! Apa yang Engkau anugerahkan ini berilah dengan redha

Janganlah Engkau beri kepadaku dengan istidraj dan tipuan

Ingatanku terus berjalan jauh di lubuk hati

Hatiku membisikkan kepada Tuhan

Tuhan! Apa yang aku dapati ini ramai orang yang campurtangan

Dari yang menyediakan bahan mentahnya hinggalah yang menyajikan

Cuma aku tidak kenal mereka-mereka itu

Mungkin mereka itu ada yang miskin dan menderita

Tidak kurang juga hasil usaha mereka, mereka tidak merasa

Aduh! Hatiku sedih seketika

Orang lain yang bersusah-payah aku yang mendapat faedah

Aku pun membisikkan kepada Tuhan buat mereka

Tuhan! Berilah mereka petunjuk, murahkan rezeki mereka, ampunkan dosa mereka

Begitulah hatiku merasa tersayat

Apabila berhadapan dengan nikmat Tuhan

Hatiku menangis bila mengenangkan mereka-mereka yang berjasa

Mereka yang mendapat kesusahan aku pula yang senang

 

16.1.2002

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer