warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Niat Yang Betul Roh Amal (ibadah Bangkai)







Niat Yang Betul Roh Amal (Ibadah Bangkai)





Niat Yang Betul Roh Amal (Ibadah Bangkai)

Engkau bersembahyang tidak semestinya engkau sembahyang

Kalau bukan sembahyang ertinya bukanlah ibadah namanya

Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya

Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya

Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?

Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?

Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji

Kalau semata-mata jadi gaji akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja

Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha

Untung dunia ia terjadi dengan sendirinya

Selama mana kita bekerja dan berusaha memang ada hasilnya

Kalau ia dibagi roh atau jiwa alangkah baiknya ia menghasilkan sifat taqwa

itulah bekalan ke Akhirat sana

Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha

Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah

Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia

Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya

Menolong memudahkan kehidupan mereka

Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu kalau niatnya betul dapat pahala itulah taqwa namanya

Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah, dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?

Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?

Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?

Hasil dari usaha tidak payah diniatkan ia biasanya terjadi dengan sendiri

Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?

Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa

Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala

Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi

Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah

dan berkhidmat kepada manusia

Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah

Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana

 

9.8.2004 - 2

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer