warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nenekku Tersayang







Nenekku Tersayang




Nenekku Tersayang

 

Nenekku tersayang!

Satu hari bertemu, rasa setahun

Nenek yang diingati dan dirindu!

Sekali bertemu ingin bertemu

Mendengar  perbualanmu tidak jemu-jemu

Cerita yang kamu bawa, adalah pengalamanmu  yang berisi pengajaran

Kami mendengarnya menyedarkan jiwa dan menghidupkannya

Menjadikan kami ingin mengubah sikap selalu

Kami duduk di hadapanmu boleh berlama-lama

Tiada terasa letih, tiada terasa jemu

Engkau adalah termasuk orang yang dipanjangkan umur yang luar biasa

Mungkin di dalam seribu orang, hanya seorang sahaja

Walaupun tidak pandai menulis dan membaca, tapi penuh barokah, hidup mulia

Gurumu tidak banyak tetapi mempunyai karomah dan basirah

Kerana itulah barokahnya mengalir kepadamu

Sejarah hidupmu penuh ranjau dan duri

Di situlah terletaknya didikan Tuhan-Mu

Apabila engkau menceritakannya semula, boleh dikongsi bersama

Kami tidak jemu-jemu mendengarnya

Walaupun kami terpaksa berpisah, hanya fizik sahaja

Namun hati kami tidak terpisah darimu

Kami sentiasa ingat selalu

Ingin bertemu lagi

Kami doakan nenek panjang umur

Diberikan kesihatan badan selalu

Sentiasa di dalam hidayah dan taufiq Tuhanmu

Kami ingin bertemu lagi

Inginkan mendengar pengalamanmu

Engkau adalah nenek tersayang

Engkau adalah nenek kepunyaan kami bersama

Jangan lupakan kami nek!

Bahkan kami inginkan doamu

 

31.12.98

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer