warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Negara Rumah Rakyat







Negara Rumah Rakyat




Negara Rumah Rakyat

 

Negara  adalah rumah rakyat

Rakyat adalah  keluarga besar negara

Keluarga  negara  hendaklah  ada rasa bersama

Agar  kerjasama berlaku  di dalam keluarga negara

Pemimpin  negara adalah ayah seluruh rakyatnya

Rakyat adalah anak-anak di dalam keluarga besar  negara

Pemimpin sebagai ayah hendaklah adil dan bertanggungjawab

Rakyat hendaklah taat  dan setia kepada ayah negara

Seluruh warga negara hendaklah menyumbang bersama

Mengikut kemampuan yang ada  pada setiap warga

Ada memberi ilmu, ada memberi tenaga, ada memberi harta

Ada memberi pimpinan,  nasihat  dan tunjuk ajar

Perpaduan hendaklah seluruh keluarga  menjaganya

Keamanan  dan keharmonian  kenalah sesama  memelihara

Asas perpaduan  takut  dan cintakan  Tuhan

Kasih sayang  sesama  akan berlaku  di dalam warga

Kedaulatan bangsa  dan maruah  negara  hendaklah dipertahankan

Sekalipun  dengan harta, tenaga  dan nyawa

Negara  adalah rumah  kita bersama

Kalau kedaulatannya  tercabar, maruahnya tercemar, terhinalah kita semuanya

Negara adalah rumah kita bersama

Kalau kemerdekaannya ternafi  kita  tidak ada negara lain lagi

Marilah  kita pertahankan  rumah  rakyat ini

Ini adalah merupakan hidup mati kita bersama

           

6.5.2004 1

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer