warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nasib Manusia Bermacam Macam Tapi Manusia Tidak Belajar Dengannya







Nasib Manusia Bermacam-Macam Tapi Manusia Tidak Belajar Dengannya




Nasib Manusia Bermacam-Macam Tapi Manusia Tidak Belajar Dengannya

 

Di muka bumi bermacam-macam etnik dan bangsa

Bermacam-macam bahasa dan warna kulit di kalangan manusia

Nasib manusia bermacam-macam bentuknya

Kehidupan mereka bermacam-macam caranya

Ada yang kaya-raya, rumahtangga huru-hara

Justeru tidak seia-sekata

Ada yang berkuasa di negara, di rumah tiada kuasanya

Bini atau betinalah yang berkuasa

Queen control namanya

Ada yang alim atau berilmu, miskin pula

Tidak kurang yang kaya-raya

Dibunuh orang atau dikidnap diminta wang tebusan

Ada yang kaya-raya atau berpangkat tinggi, sakit-sakit sahaja

Bermacam-macam jenisnya pula

Ada yang jahil tiada berpangkat, miskin pula

Ada yang miskin, sakit-sakit sahaja

Tiada yang membela

Tidak kurang badan yang sihat, merempat pula

Ada yang jutawan, krisis rumahtangga jadi budaya

Bini di sini suami di sana

Bila bertemu bergaduh sahaja

Juga tiada kurang yang miskin ilmu sederhana, tenang dan bahagia

Ada yang baik orang ramai senang, tiada kuasa tiada harta

Orang jahat diberi kuasa, orang ramai benci merata-rata

Namun demikian pengaruh kuasa dan harta kekayaan, disokong juga

Jadi manusia di dunia sentiasa diburu takut kerana tergugat

Fikiran serabut, jiwa tidak tenang keluh-kesah sahaja

Digugat oleh bini, oleh krisis rumahtangga

Ditakutkan oleh miskin dan papa kedana

Dibimbangkan oleh sakit yang bermacam-macam jenisnya

Dikecewakan oleh kejahilan dan oleh tiada pangkat yang dibanggakan

Dihantui oleh bila kena kidnap atau orang akan samun

Tidak kurang susah hati bilakah peluru hendak meledak membunuhnya

Sedikit sahaja yang tenang dan bahagia

Kerana kuat imannya sekalipun miskin papa

Tapi manusia tiada belajar dengan peristiwa

Di manalah hebatnya kita?

Di manalah kuasa kita?

Di mana kemegahan kita?

 

26.5.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer