warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nasib Kita Terletak Di Tangan Tuhan







Nasib Kita Terletak Di Tangan Tuhan




Nasib Kita Terletak Di Tangan Tuhan

 

Nasib kita sebenarnya dari nafas ke nafas turun naik

Sama ada hidup atau mati, sihat atau sakit

Mendapat rahmat atau nikmat mahupun niqmah

Hendak mendapat bala dari nafas ke nafas yang silih berganti

Mendapat kegembiraan pun dari nafas ke nafas yang bertukar ganti

Mendapat kecelakaan pun dari nafas ke nafas dikeluar dan ditarik

Nasib kita silih berganti dari nafas ke nafas yang berlaku setiap hari

Berhenti nafas jawabnya mati

Sesak nafas perjalanan diri pun tidak normal lagi

Lemahnya manusia nasibnya hanya ditentukan Tuhan dari nafas ke nafas sahaja

yang berlaku setiap detik

Kalau tidak mati sakit yang terjadi

Atau berbagai-bagai lagi bala bencana yang datang silih berganti

di dalam detik-detik nafas turun naik

Siapalah yang boleh menolak tiada siapa yang boleh menolak

kejadian yang berlaku di dalam diri

Oleh itu manalah hebatnya manusia?

Cuma kita sahaja rasa hebat, rasa-rasa sahaja, bukan realitinya

Rasanya ada kuasa, sebenarnya tidak ada apa-apa kuasa pada diri manusia

Tunduklah kepada Tuhan yang Maha Berkuasa!

Kuasa manusia adalah menggambarkan kuasa Tuhan dilihatkan pada diri manusia

Begitulah juga Tuhan melihatkan kuasa-Nya kepada makhluk-Nya yang lain

 

23.2.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer