warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nafsu Yang Jahat







Nafsu Yang Jahat




Nafsu Yang Jahat

 

Nafsu-nafsu manusia telah bermusuh-musuhan sesama manusia

Kejahatan nafsu manusia telah berkrisis dan bergaduh sesama mereka

Sifat-sifat mazmumah nafsulah menjadikan manusia huru-hara di dunia

Riyak, sombong, hasad, dendam, pemarah, ujub, gila nama, ingin glamour,

bermusuh-musuhan sesamanya

Nafsu-nafsu yang jahat ini mengguna tenaga dan kepandaian manusia itu juga

untuk mengalahkan satu sama lain

Bergaduh dan berperanglah manusia sesama manusia kerana nafsunya

Maka bermati-matianlah manusia, parah-parah dan luka-lukalah mereka

Harta mereka rosak binasa, bangunan yang sudah dibina diruntuhkannya

Kemajuan yang sudah dibina, keindahan Negara dihancurkannya

Akibatnya yang menang pun derita, yang kalah lagi terseksa dan sengsara

Kemudian selepas itu mereka salah-menyalahkan sesama,

tuduh-menuduh sesama mereka

“Kerana kamulah terjadi ini semua.”

Balas pula yang lain, “Kamulah yang bersalah, kami tidak salah apa-apa”

Tuduh-menuduhlah manusia sesama mereka, berpanjangan, kerana sama-sama telah menerima padahnya

Begitu cerdik manusia, mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri

tidak tahu sebab-sebabnya

Kerana nafsu mereka sesama merekalah, mereka bergaduh dan berperang,

hingga mereka menderita

Kalaulah mereka faham, mereka tidak akan bermusuh dan berperang sesama sendiri

Mereka akan perangi nafsu-nafsu yang telah mengalatkan mereka berperang sesama mereka

 

7.2.2004 – 3

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer