warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nafsu Yang Celik







Nafsu Yang Celik




Nafsu Yang Celik

 

Kalau seseorang itu nafsunya yang celik

Dia akan bergembira berdasarkan hawa nafsunya

Hiburannya ialah berfoya-foya, pergaulan bebas, melihat perempuan, zina, rokok, arak, judi, perkara-perkara yang lucah

Maka hatinya pun bertambah buta

Jika seseorang itu hatinya yang celik

Hiburannya adalah cintakan Allah, menolong orang susah, ibadah, membaca Al Quran, zikrullah, berkasih sayang sesama manusia

Apabila keadaan ini kekal, bahkan hatinya bertambah celik, ia bertambah sensitif dengan kejahatan, takut dengan kejahatan

Sekiranya seseorang itu akalnya celik, hiburannya adalah ilmu dan pengetahuan, suka membaca, serta minat membuat kajian-kajian

Golongan ini adalah puak pertengahan

Kecuali nafsunya celik sama, hiburannya adalah berdasarkan kejahatan nafsu, lebih hebat daripada golongan yang pertama yang telah diceritakan

Kerana kekuatan ilmu dan kepandaiannya yang membantu kejahatan nafsunya

Akibatnya hiburan yang bersifat nafsu merata berlaku dengan pesatnya

Golongan pertama tadi mungkin hiburan nafsunya hanya kelas bawahan dan murahan

Golongan ini hiburan nafsunya kelas eksklusif dan atasan

Begitulah kalau kita faham tabiat dan watak manusia semulajadinya

Kalau mereka tidak dididik mengikut Tuhan melalui ajaran Hadis dan Al Quran

Hati adalah faktor utama yang mesti dibersihkan melalui pendidikan menurut Tuhan

Hingga ia mampu mencatur nafsu dan akal fikiran mentaati  Tuhan

Hiburannya nanti bersih daripada maksiat dan kemungkaran

Berhibur dengan maksiat dan kemungkaran adalah punca berlakunya jenayah di dalam kehidupan insan

 

10.2.2004 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer