warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Nafssu Musuh Dalam Diri







Nafssu Musuh Dalam Diri





Nafsu Musuh Dalam Diri

 

Nafsu sifat atau tabiat semulajadinya sangat jahat laammaratum bissu’

Dia adalah musuh manusia di dalam diri

Manusia bermusuh dengan musuh lahirnya pun kerana kedua puak atau pihak yang bermusuhan adalah dirangsang oleh nafsu

Ertinya dua puak atau dua golongan yang bermusuh, bergaduh dan berperang

diadu domba oleh nafsu

Tapi kedua puak atau kedua-dua pihak tidak sedar atau tidak tahu

Tabiat atau sifat nafsu banyak di antaranya:

Berkehendak, halal atau haram, baik atau buruk untuk dimilikinya

Tabiat kedekut adalah budayanya

Tidak pernah puas-puas ada sedikit hendak banyak, sudah banyak hendak lagi banyak

Tidak pernah letih-letih merangsang dan berkehendak

Macam-macam yang dia hendak, letih badan dibuatnya

Kerana anggota badan alat atau orang suruhannya

untuk menjalankan kehendak-kehendaknya

Akal adalah memikir, memandu, memberitahu bagaimana menjalankan kemahuannya

Kehendaknya melulu, rakus, gelojoh, mahu segera dapat

Kemahuannya kalau tidak dapat menderita jiwa dibuatnya

Jika dapat berbangga pula, ramai orang tersinggung kerananya

Begitulah tabiat atau sifat nafsu manusia, siapakah yang boleh mengawalnya?

Ramai yang gagal mengawal nafsu yang melulu itu

Raja gagal, orang yang berkuasa gagal, orang kaya gagal, ulama gagal, rakyat jelata gagal

Kemudian  kehendak semua golongan yang tidak dapat dikawal itulah bertembung

dan berlanggaran sama sendiri

Kehendak-kehendak nafsu itu bertembung satu sama lain  

Kerana kehendak nafsu incident dan accident selalu

Berlaku saingan, terjadi hasad dengki, cabar-mencabar,

perpecahan, pergaduhan, peperangan

Begitulah berlaku di dalam kehidupan kerana nafsu, hancur keamanan dan kedamaian, hidup di dalam ketakutan

 

25.6.2004 – 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer