warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mujadalah Dan Mubahasah







Mujadalah Dan Mubahasah




Mujadalah Dan Mubahasah

 

Biasanya bermujadalah susah menjaga ego dan megah

Suka berbahas-bahas biasanya menebalkan ego, riyak dan mencari nama

Selalunya di dalam bermujadalah dan bermubahasah

Ingin mahu menang, tidak mahu rasa kalah

Payah menerima kebenaran

Sekalipun terpaksa menegakkan benang basah

Begitu juga di dalam majlis forum

Payah hendak mengelak daripada menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah

Malu rasanya kalau tidak pandai berhujah

Berbunga hati jika pandai berhujah dan bercakap petah

Hadirin yang bertanya pula, menyoal kerana megah

Agar orang ramai menganggap dia orang yang pandai mencungkil masalah

Kalau panel tidak pandai menjawab, itulah yang dia hendak

Supaya orang ramai menganggap dia lebih pandai dari ahli panel atau penceramah

Apa sudah jadi majlis forum dan ceramah?

Penceramah atau ahli panel dengan para pendengar

Sama-sama hatinya rosak dan punah

Masing-masing tidak dapat menjaga dirinya

Daripada bermegah-megah dan riyak

Kerana itulah di dalam Islam

Bermujadalah dan bermubahasah sangat ditegah

Lantaran dari sinilah timbulnya riyak, megah, glamour, cari nama dan berpecah-belah

Kerana itulah di dalam kitab dikatakan

"Tidak akan rosak sesuatu kaum itu

Kecuali apabila didatangkan mujadalah"

Mujadalah dan mubahasah bukan mendatangkan kebaikan pada umat

Tapi dari sinilah akan suburnya mazmumah yang ditegah

Tapi malangnya para ulama

Mujadalah dan mubahasah telah dijadikan budaya

Budaya yang mengajak umat Islam berlalai-lalai dan bermegah-megah

Di dalam Islam, yang disuruh bermesyuarat dan muzakarah

Itu pun ada mempunyai disiplin, adab dan tata tertib

Agar ia berjalan dengan penuh ukhwah

Agar jadi ibadah

 

Menjelang tidur

8.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer