warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Muhasabah Pejuang







Muhasabah pejuang




Muhasabah pejuang

 

Ingin kukatakan kepada para pejuang

Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia

Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku

Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya

Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?

Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang, lalu bersembahyang?

Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?

Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya,

di dalam pergaulannya?

Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian

Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?

Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan

Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?

Apa yang saudara cakapkan selama ini?

Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?

Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai?

Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?

Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?

Aku harap nilai semula perjuangan saudara!

Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang

Sebelum terlanjur berpanjangan

Selama nyawa masih ada di badan

Agar selepas mati tidak menyesal

Takutilah Allah di setiap perkataan!

Ingatlah Allah di dalam perjuangan

Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan

Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang.

 

28.8.2000

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer