warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Miskin Bukan Satu Kesalahan







Miskin Bukan Satu Kesalahan




Miskin Bukan Satu Kesalahan

 

Miskin bukan satu kesalahan atau satu masalah

Yang salah kerana miskin mencuri, menipu dan meminta-minta, kerana tidak redha

Yang menjadi masalah, orang kaya dan orang yang berharta

Dia sudah kaya, merasa tidak ada

Suka banyak harta, merasa tidak cukup-cukupnya

Suka menimbun-nimbun dan menompok-nompok, tanpa menginfakkannya

Penyakit tamak pun tiba, penyakit bakhil pun ikut sama

Kapitalis monopoli harta negara

Bahan-bahan mentah dikontrol oleh mereka

Harga barang mereka yang menentukannya

Orang miskin dan buruh dijadikan hamba

Kemudian disalahkan si miskin yang menderita

Orang miskin bukan hendak ditolong

Tapi mengambil kesempatan mengguna tenaga fakir miskin untuk mencari kekayaan

Sudahlah orang miskin susah dan menderita

Diperhamba pula oleh orang kaya yang tidak pernah merasa cukup

Oleh itu bukan orang miskin yang menjadi masalah

Yang menjadi masalah di dalam kehidupan adalah orang kaya dan punyai harta

Kerana mereka rasa miskin lebih daripada si miskin

Orang miskin terbiar tidak ada siapa yang membela

Tapi tidak pernah orang menganggap orang kaya yang membuat masalah

Tidak pernah dituduh orang kaya yang bersalah

Tapi yang menjadi sasaran tuduhan adalah si miskin yang menderita

Kerana yang menuduh itu orang yang kaya juga

Kerana hendak menyorokkan kesalahan, dituduhlah fakir miskin pemalas

Kalaupun ingin membantu, untuk mencari nama dan glamour

Pemberiannya tidak sampai ke mana, fakir miskin pula terhina

Begitulah watak dunia akhir zaman

Orang yang miskin dan susah tidak ada pembela

 

24.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer